2 maut dalam kemalangan di Kampung Batu Tujuh

BALING – Dua maut dan seorang cedera dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Kampung Batu Tujuh, Binjoi, Kuala Ketil, di sini, hari ini.

Dalam kejadian itu, dua mangsa yang maut masing-masing adalah pemandu Perodua Myvi dan Proton Saga.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada 6.22 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota dari BBP Baling yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Najmi Zainol bersama enam anggota ke lokasi kejadian.

“Ketua operasi melaporkan setibanya di lokasi didapati kemalangan itu membabitkan dua buah kenderaan dan kedua pemandunya disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Pemandu kereta Perodua Myvi iaitu seorang wanita berusia lingkungan 20-an dikeluarkan dengan bantuan orang awam, manakala pemandu kereta Proton Saga iaitu lelaki berusia 20-an tersepit dan dikeluarkan oleh pasukan bomba yang mengambil masa kira-kira 20 minit dengan menggunakan peralatan khas.

“Seorang penumpang kereta Proton Saga iaitu lelaki berusia 20-an pula cedera dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Zulkhairi berkata, mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Related Posts

Hukuman khidmat masyarakat pesalah syariah perlu diperkasa

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menzahirkan pandangan supaya hukuman khidmat masyarakat diperkasakan sebagai antara bentuk hukuman alternatif bagi kesalahan jenayah syariah. Bagaimanapun, baginda menegaskan pelaksanaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM reman penjawat awam terima rasuah seludup barang untuk banduan

KUANTAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang menahan reman seorang penjawat awam yang disyaki menerima rasuah sebagai balasan membawa masuk bahan terlarang ke dalam penjara untuk kegunaan banduan. Perintah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undi awal ‘dibanjiri’ wang, SPR perlu buat siasatan

Undi awal ‘dibanjiri’ wang, SPR perlu buat siasatan

Ramalan Kian Ming pembakar semangat kepada calon PH – Fahmi

Ramalan Kian Ming pembakar semangat kepada calon PH – Fahmi

Hukuman khidmat masyarakat pesalah syariah perlu diperkasa

Hukuman khidmat masyarakat pesalah syariah perlu diperkasa

Malaysia ke arah Negara AI menjelang 2030

  • By Aden
  • July 28, 2026
Malaysia ke arah Negara AI menjelang 2030

SPRM reman penjawat awam terima rasuah seludup barang untuk banduan

SPRM reman penjawat awam terima rasuah seludup barang untuk banduan

Pahang sasar 35 pingat emas SUKMA Selangor

Pahang sasar 35 pingat emas SUKMA Selangor