Rukun Negara asas jati diri bangsa, rakyat perlu hayati prinsip kebangsaan – Agong

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya menjadikan Rukun Negara sebagai pegangan hidup dan asas dalam memelihara perpaduan serta keharmonian negara.

Seri Paduka bertitah, Rukun Negara yang diperkenalkan pada 31 Ogos 1970 bukan sekadar lafaz ikrar, sebaliknya merupakan komitmen bersama rakyat dalam membina semula hubungan antara kaum serta mengukuhkan kestabilan negara.

“Oleh itu, saya menyeru kepada semua pihak agar menghayati setiap prinsip Rukun Negara dan menjadikannya amalan dan garis panduan hidup sebagai rakyat Malaysia.

“Jika ada mana-mana rakyat Malaysia yang tidak mahu mengikut prinsip Rukun Negara tersebut, saya menasihati agar dia tidak layak digelar sebagai warganegara Malaysia,” titah Sultan Ibrahim.

Baginda bertitah demikian pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2026 sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, hari ini.Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

Hadir sama, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, anggota Jemaah Menteri termasuk Datuk Fahmi Fadzil serta wakil diplomatik asing.

Menurut Seri Paduka, semangat saling menghormati, toleransi dan kesatuan dalam kalangan rakyat perlu terus diperkukuh bagi memastikan negara kekal aman dan makmur.

Titah baginda, perpaduan yang kukuh merupakan faktor utama yang membolehkan sesebuah negara mencapai kemajuan serta mengekalkan kestabilan dalam jangka panjang.

Dalam pada itu, Sultan Ibrahim mengingatkan rakyat supaya tidak melupakan pengajaran daripada peristiwa rusuhan kaum yang pernah berlaku pada 13 Mei 1969.

Baginda bertitah, tragedi berkenaan tercetus apabila wujud pihak yang bertindak melampaui batas sehingga menjejaskan keharmonian masyarakat dan menggugat keamanan negara.

“Peristiwa ini (13 Mei) telah meruntuhkan perpaduan rakyat dan menghancurkan kestabilan negara. Jangan sampai pisang berbuah dua kali,” titah baginda.

Sultan Ibrahim turut menzahirkan harapan agar seluruh rakyat terus memelihara keharmonian yang dikecapi hari ini dengan menjunjung prinsip Rukun Negara sebagai landasan dalam kehidupan bermasyarakat.

Istiadat pengurniaan kali ini merupakan yang ketiga disempurnakan baginda sejak menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 20 Julai 2024.

Tahun ini, seramai 161 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena sambutan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong.

Related Posts

MoF perjelas kekeliruan paparan BUDI95, kuota kekal 200 liter sebulan

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MoF) memberi jaminan bahawa kuota bulanan di bawah program BUDI95 kekal pada kadar 200 liter sebulan, sekali gus menafikan dakwaan berlaku pengurangan had subsidi kepada pengguna…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi ini. Seri Paduka Baginda dan Perdana Menteri turut santap bersarapan bersama sempena cuti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anak Terengganu terima gelaran Tun, lakar sejarah dalam institusi kehakiman negara

Anak Terengganu terima gelaran Tun, lakar sejarah dalam institusi kehakiman negara

Marina tegas tolak dakwaan lompat parti, pilih politik diplomasi demi kepentingan rakyat

Marina tegas tolak dakwaan lompat parti, pilih politik diplomasi demi kepentingan rakyat

Rukun Negara asas jati diri bangsa, rakyat perlu hayati prinsip kebangsaan – Agong

Rukun Negara asas jati diri bangsa, rakyat perlu hayati prinsip kebangsaan – Agong

Dana interim RM1.5 bilion diharap perkasa sektor pelancongan Sabah

Dana interim RM1.5 bilion diharap perkasa sektor pelancongan Sabah

Interim RM1.5 bilion tingkat keperluan rakyat, ketegasan tuntut MA63 – Yun Fah

Interim RM1.5 bilion tingkat keperluan rakyat, ketegasan tuntut MA63 – Yun Fah

Skim Lindung 24 Jam perluas jaringan keselamatan sosial pekerja mulai hari ini

Skim Lindung 24 Jam perluas jaringan keselamatan sosial pekerja mulai hari ini