Lelaki Rohingya maut ditikam dalam kes rumah tangga

SEBERANG PERAI – Perselisihan faham membabitkan masalah rumah tangga menjadi punca seorang lelaki etnik Rohingya maut ditikam di sebuah rumah di Taman Belibis, Simpang Ampat dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.20 petang itu, seorang wanita berusia 26 tahun turut dilaporkan cedera dan dibawa ke Hospital Seberang Jaya bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintenden Jay January Siowou berkata, pemeriksaan awal mendapati mangsa lelaki berusia 31 tahun ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan beberapa kesan tikaman pada badan sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai mempunyai kaitan dengan perselisihan masalah rumah tangga. Bagaimanapun, polis masih menjalankan siasatan lanjut,” katanya di sini, hari ini.

Dalam pada itu, seorang lelaki berusia 38 tahun yang dipercayai terlibat secara langsung dalam kejadian tersebut berjaya ditahan selepas ditangkap oleh orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis, selain dua lagi individu bagi membantu siasatan.

“Polis turut merampas sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu, manakala pasukan forensik telah menjalankan pemeriksaan di lokasi serta mengumpul bahan bukti bagi membantu siasatan.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Seberang Jaya untuk proses bedah siasat dan kami juga telah memperoleh rakaman televisyen litar tertutup dari kawasan berhampiran yang sedang dianalisis,” katanya.

Related Posts

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

TENOM – Program kebun sekolah yang bertujuan memupuk kesedaran terhadap keterjaminan makanan serta keusahawanan pertanian dalam kalangan pelajar dijangka diperluaskan secara besar-besaran di seluruh Sabah bermula tahun hadapan. Menteri Pertanian,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bersama isteri, Datin Seri Juliah Salag menghadiri Majlis Kesyukuran Doa Akhir Tahun 1447 Hijrah dan Doa Awal Tahun Baharu Hijrah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Jangan manipulasi fakta!

Jangan manipulasi fakta!

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi