RM1.5 bilion bukti PMX capai apa yang Warisan gagal tunaikan – PKR Sabah

KOTA KINABALU – Pengumuman kenaikan bayaran interim pemberian khas Sabah kepada RM1.5 bilion disifatkan sebagai bukti bahawa Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya melaksanakan perkara yang gagal dicapai ketika pentadbiran parti Warisan sebelum ini.

Pengarah Komunikasi PKR Sabah, Guntur Sangkar berkata, kenyataan pemimpin-pemimpin Warisan yang cuba memperlekehkan pengumuman kenaikan interim itu jelas menunjukkan sikap hipokrit dan terdesak untuk menutup kelemahan mereka sendiri ketika berada dalam kerajaan sebelum ini.

“Selama hampir lima dekad, Sabah hanya menerima sekitar RM26.7 juta setahun walaupun isu tuntutan 40 peratus hasil sering dijadikan modal politik oleh pelbagai pihak.

“Ketika Warisan memerintah Sabah, kadar tersebut hanya meningkat kepada sekitar RM53.4 juta pada tahun 2019.

“Walaupun ketika itu mereka berada dalam kerajaan negeri dan mempunyai hubungan langsung dengan Kerajaan Persekutuan, peningkatan yang dicapai masih amat kecil berbanding apa yang berjaya dilaksanakan hari ini,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Sabtu.

Beliau turut menyatakan pendirian Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebelum ini mempertahankan keputusan menerima RM53.4 juta dengan alasan Kerajaan Persekutuan ketika itu berdepan kekangan kewangan negara dan jumlah hasil Persekutuan yang terhad.

Jelas Guntur, selepas perubahan pentadbiran di bawah Kerajaan MADANI diterajui Anwar, jumlah bayaran interim menunjukkan peningkatan yang lebih ketara iaitu RM125.6 juta pada tahun 2022, diikuti RM300 juta pada tahun 2023 dan 2024, RM600 juta bagi tahun 2025 dan 2026, sebelum diumumkan kenaikan kepada RM1.5 bilion.

“Jika Warisan benar-benar hebat memperjuangkan hak Sabah seperti yang mereka dakwa, mengapa ketika mereka mempunyai kuasa dalam kerajaan dahulu, Sabah hanya memperoleh peningkatan kecil daripada RM26.7 juta kepada RM53.4 juta?

“Rakyat Sabah bukan buta fakta. Ketika Warisan berada dalam kerajaan, mereka meminta rakyat bersabar dan memahami keadaan kewangan negara.

“Tetapi apabila Kerajaan MADANI berjaya meningkatkan jumlah tersebut berkali ganda, mereka pula cuba memperkecilkan pencapaian itu semata-mata kerana kepentingan politik,” ujarnya.

Tambahnya lagi, rakyat Sabah hari ini semakin matang dalam menilai dan mampu membezakan antara retorik politik dengan hasil sebenar.

“Apa yang lebih penting ialah kerajaan hari ini menunjukkan keberanian politik dan kesungguhan untuk bergerak ke hadapan, bukannya terus bermain retorik tanpa hasil.

“Warisan perlu berhenti bersikap seolah-olah merekalah pejuang tunggal Sabah sedangkan rekod mereka sendiri menunjukkan sebaliknya,” kongsinya.

Beliau turut menegaskan bahawa walaupun jumlah RM1.5 bilion itu bukan penyelesaian muktamad kepada tuntutan 40 peratus hasil Sabah, ia merupakan langkah paling signifikan dalam sejarah rundingan berkaitan pemberian khas negeri itu.

Related Posts

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

PADANG BESAR – Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis (SSMP) di Bukit Chabang yang terbengkalai selama 11 tahun tidak boleh lagi berulang sehingga menjadi satu kebiasaan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Radzi Rahim yang meninggal dunia dalam kejadian pokok tumbang di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang