Malaysia kekal nombor satu ekonomi Islam terbaik dunia

PUTRAJAYA – Malaysia mengekalkan daya saing peringkat global dalam pelbagai sektor ekonomi Islam dengan membuktikan keyakinan berterusan masyarakat antarabangsa terhadap kekuatan ekonomi negara.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, ia terbukti apabila Malaysia terus mengekalkan kedudukan di tangga pertama sebagai negara dengan ekonomi Islam paling kukuh di dunia bagi tahun 2025 berdasarkan laporan State of the Global Islamic Economy (SGIE) Report 2024/2025.

Menurut beliau, pencapaian itu membuktikan dasar dan pendekatan Kerajaan MADANI yang menitikberatkan kestabilan politik, tatakelola baik, keyakinan pelabur serta pembangunan inklusif terus mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

“Pencapaian itu turut memperlihatkan kekuatan ekosistem ekonomi negara yang merangkumi sektor kewangan Islam, industri halal, inovasi, pelaburan dan pembangunan mampan yang terus mendapat kepercayaan komuniti antarabangsa.

“Malaysia sekali lagi membuktikan kedudukannya sebagai peneraju ekonomi Islam dunia. Pencapaian ini bukan datang secara kebetulan, sebaliknya hasil usaha berterusan kerajaan dalam memastikan negara kekal stabil, berdaya saing dan diyakini pelabur.

“Ia juga membuktikan bahawa dasar yang dilaksanakan kerajaan berjaya mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pertumbuhan ekonomi serta pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat,” katanya menerusi kenyataan, pada Jumaat.

Kor Ming berkata, kedudukan Malaysia yang mengatasi beberapa negara Islam utama dunia menunjukkan asas ekonomi berada dalam keadaan kukuh dan mampu menghadapi cabaran ekonomi global semakin mencabar.

“Pencapaian ini adalah kejayaan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang.

“Ia membuktikan bahawa apabila negara berada dalam keadaan stabil dan dasar pembangunan dilaksanakan dengan jelas, hasilnya dapat dilihat melalui pengiktirafan di peringkat antarabangsa,” katanya.

Katanya, kejayaan itu juga merupakan hasil sumbangan pelbagai pihak termasuk sektor awam, swasta, institusi kewangan, pemain industri dan rakyat yang bersama-sama memainkan peranan dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Kor Ming memaklumkan, kerajaan akan terus memberi fokus kepada agenda pembangunan rakyat termasuk memperluaskan akses kepada perumahan berkualiti, memperkasa pembangunan bandar yang mampan dan meningkatkan kesejahteraan komuniti.

“Kerajaan MADANI akan terus bekerja keras memastikan kemakmuran negara bukan sekadar angka dalam laporan ekonomi, tetapi dapat dirasai oleh rakyat menerusi peluang ekonomi yang lebih luas, pembangunan yang seimbang dan peningkatan taraf hidup.

“Kestabilan dan keyakinan yang dinikmati negara hari ini perlu terus dipelihara supaya Malaysia dapat mengekalkan kedudukannya sebagai antara negara Islam paling berjaya dan dihormati di peringkat antarabangsa,” katanya.

Related Posts

Belanjawan 2027 dijangka lebih berdisiplin, fokus keutamaan ekonomi semasa

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi petunjuk bahawa Belanjawan 2027 akan disusun dengan pendekatan lebih berdisiplin dan berhemat susulan ketidaktentuan ekonomi global ketika ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semakan subsidi RON95 adalah langkah terakhir kerajaan

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menjadikan sebarang pelarasan subsidi petrol RON95 sebagai pilihan terakhir susulan kesan langsung terhadap kos sara hidup dan perbelanjaan isi rumah rakyat. Penasihat kanan ekonomi di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Operasi SAR pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih diperhebat, dibantu Orang Asli

Operasi SAR pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih diperhebat, dibantu Orang Asli

Kes MB Perlis tembak lembu: Polis mula siasatan awal

Kes MB Perlis tembak lembu: Polis mula siasatan awal

Pemandu ambulans swasta didakwa bunuh kanak-kanak lelaki

Pemandu ambulans swasta didakwa bunuh kanak-kanak lelaki

Penyelidik UMS sahkan penemuan tumbuhan misteri di Tawau sebagai spesies baharu

Penyelidik UMS sahkan penemuan tumbuhan misteri di Tawau sebagai spesies baharu

Ibadah Korban Rahmah AMANAH Batu Pahat eratkan ukhuwah penduduk Senggarang

Ibadah Korban Rahmah AMANAH Batu Pahat eratkan ukhuwah penduduk Senggarang

Waspada dengan hari yang penuh tipu daya

Waspada dengan hari yang penuh tipu daya