PIBG, sekolah perlu seiring pacu kecemerlangan pelajar

LIMBANG – Hubungan kukuh antara Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dengan pihak sekolah amat penting dalam memacu kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum pelajar di negeri ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, kedua-dua pihak memainkan peranan besar dalam memastikan pembangunan pendidikan di sekolah terus diperkasa menerusi sokongan serta kerjasama yang berterusan.

Menurutnya, PIBG merupakan rakan strategik sekolah yang bukan sahaja membantu meningkatkan pencapaian pelajar, malah berperanan mengenal pasti keperluan semasa institusi pendidikan.

“Kerjasama erat antara PIBG dengan pihak sekolah sangat penting. Adakalanya sekolah tidak dapat memenuhi semua keperluan disebabkan kekangan tertentu.

“Namun, apabila PIBG mempunyai semangat yang kuat, komited dan mahu melihat anak-anak berjaya, mereka mampu membantu mengangkat kecemerlangan sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ibadah Korban anjuran PIBG Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Pusat Limbang pada Khamis. 

Turut hadir, Guru Besar SK Melayu Pusat Limbang, Hayati Mohammad Amin serta Yang Dipertua PIBG, Khairul Amree Abdul Rahman.

Mengulas lanjut, Hasbi berkata, PIBG juga memainkan peranan penting dalam membantu sekolah secara sukarela tanpa bergantung sepenuhnya kepada dana atau bantuan kerajaan.

Jelas beliau, ibu bapa perlu lebih cakna terhadap pendidikan anak-anak supaya inisiatif tersebut dapat melahirkan modal insan berkualiti yang akan menjadi aset kepimpinan negara pada masa depan.

Tambah beliau, ilmu pengetahuan, pendidikan dan kemahiran mampu membuka peluang pekerjaan yang lebih baik kepada generasi muda, sekali gus membantu meningkatkan taraf hidup sosioekonomi keluarga.

Dalam pada itu, beliau menegaskan kerajaan sentiasa komited menyediakan pelbagai kemudahan dan prasarana pendidikan bagi memastikan pelajar dapat belajar dalam suasana yang lebih kondusif.

Pada majlis sama, sebanyak dua ekor kerbau hasil sumbangan Timbalan Premier Sarawak serta Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak dikorbankan sebelum diagihkan kepada lebih 20 pelajar asnaf di sekolah berkenaan.

Related Posts

Sebuah SUV terjunam dalam lombong, tiada mangsa ditemukan

IPOH – Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis BMW X5 yang ditemukan terjunam ke dalam sebuah lombong berhampiran Klinik Desa Kampung Sungai Terap, Batu Gajah, malam Rabu, disahkan tidak melibatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Presiden PRBS mengaku tidak salah guna jawatan libatkan peruntukan RM2 juta

KOTA KINABALU – Presiden Pertubuhan Rungus Bersatu Sabah (PRBS), Makinsos Nawai, 67, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu atas pertuduhan menggunakan jawatannya bagi mendapatkan peruntukan pembinaan Dewan Kebudayaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga minyak dunia lepasi AS$100 setong

Harga minyak dunia lepasi AS$100 setong

‘Ibarat bercakap dengan batu’, penduduk kecewa tuntutan bina Hospital Gemas diabaikan Ridzuan 

‘Ibarat bercakap dengan batu’, penduduk kecewa tuntutan bina Hospital Gemas diabaikan Ridzuan 

Ucapan penyandang DUN Labu cetus polemik, sentuh pewarisan takhta Negeri Sembilan

Ucapan penyandang DUN Labu cetus polemik, sentuh pewarisan takhta Negeri Sembilan

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir

PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir