Hayati semangat Aidiladha, dua beradik pilih sertai sukarelawan korban

DUA gadis manis dari Semenyih memilih kelainan menyambut Hari Raya Aidiladha dengan menyertai sukarelawan korban di Ladang Ternakan Saville Fresh di sini, bagi merasai sendiri pengalaman menguruskan ibadah korban.

Pasangan adik beradik, Nur Amalia Elyana Mohd Adzali, 24, dan kakaknya, Nur Syafiqah Mohd Adzali, 26, berkata, penyertaan mereka tercetus kerana mahu melakukan aktiviti yang dapat menghidupkan suasana Aidiladha.

Nur Amalia berkata, sebelum ini mereka hanya melihat proses korban dilakukan, namun kali ini mahu merasai sendiri pengalaman terbabit.

“Walaupun penat, kami dapat merasakan suasana Aidiladha selain berkenalan dengan orang baharu dan belajar menguruskan daging dalam kuantiti yang lebih banyak,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP) pada Rabu.

Beliau berkata, program itu turut memberi pengajaran mengenai nilai pengorbanan dan erti keikhlasan melalui amalan berkongsi rezeki dengan orang lain.

“Apabila kita memberi kepada orang lain, ada rasa gembira kerana dapat melakukan perkara yang baik,” katanya.

Dalam pada itu, penyelia program, Nazri Md Yusof berkata, program yang dianjurkan di ladang ternakan itu sejak 2018 terus menjadi platform kepada orang ramai untuk mendalami pengalaman sebenar menguruskan ibadah korban.

Beliau berkata, program itu pada awalnya dijalankan secara kecil-kecilan membabitkan ahli keluarga sebelum diperluaskan kepada penyertaan orang ramai.

“Kami bermula dengan beberapa ekor lembu untuk keluarga sendiri sebelum mula menjemput orang luar menyertainya pada tahun berikutnya.

“Tahun ini, sebanyak empat ekor lembu iaitu seekor berbaka sado dan 3 ekor kampung disediakan membabitkan 28 bahagian korban,” katanya.

Beliau berkata, objektif utama program itu adalah memberi peluang kepada peserta merasai sendiri pengalaman menguruskan proses korban yang mungkin sukar diperoleh di tempat lain.

“Di masjid atau surau biasanya sudah ada pasukan khas yang menguruskan semuanya. Jadi ada peserta yang tidak berpeluang mencuba sendiri.

“Di sini kami memberi peluang kepada mereka untuk belajar dan merasai sendiri pengalaman itu supaya selepas ini mereka lebih yakin membantu urusan korban di tempat lain,” katanya.

Nazri berkata, pihaknya berharap program berkenaan akan terus mendapat sambutan dan mampu menarik lebih ramai penyertaan pada masa hadapan.

Related Posts

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan beliau terlibat dalam sebarang usaha untuk menjatuhkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. Beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

Debu letusan gunung berapi Indonesia pernah sampai di Padang Sanai

Debu letusan gunung berapi Indonesia pernah sampai di Padang Sanai