Parti Kancil Rafizi bakal senasib dengan Pejuang Tun M – MAPAN

PARTI Bersama Malaysia (Bersama) yang ditubuhkan Datuk Seri Rafizi Ramli hampir pasti akan bernasib sama seperti Parti Pejuang Tanah Air yang diasaskan Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Profesor Madya Dr Mashitah Mohd Udin.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN) di Universiti Utara Malaysia (UUM) itu menegaskan, situasi berkenaan berlaku kerana politik Malaysia tidak pernah memihak kepada parti yang hanya bersandarkan satu individu tertentu.

“Bandingkan sahaja rekod Rafizi dengan rekod Dr Mahathir yang memerintah negara selama 22 tahun, membangunkan Langkawi, membina Putrajaya dan KLIA, tetapi tetap hilang deposit di kubu sendiri pada PRU15.

“Calon-calon parti Pejuang yang beliau tubuhkan pula hilang deposit di hampir semua tempat. Jika nama sebesar Tun Mahathir pun boleh ditolak mentah-mentah oleh pengundi, apatah lagi Rafizi,” katanya dalam satu kenyataan.

Mashitah berkata, Rafizi hanya menjadi Menteri Ekonomi kurang daripada tiga tahun dan tidak mempunyai jasa serta legasi besar seperti rekod pembangunan fizikal di mana-mana kawasan.

Jelasnya lagi, pengaruh beliau tertumpu di kawasan bandar besar seperti Pandan dan Setiawangsa sahaja, tetapi itu tidak cukup untuk menang di peringkat nasional.

Tambahnya, pengundi biasanya menilai sesebuah parti berdasarkan ideologi, jentera akar umbi dan kerja nyata di kawasan, bukan kerana populariti tokoh di media sosial.

“Malaysia mempunyai 222 kerusi Parlimen dan untuk menang, sesebuah parti perlu menembusi Felda, kawasan pedalaman dan kawasan luar bandar yang langsung tidak terkesan dengan wacana idealisme bandar.

“Pengundi luar bandar tidak mengundi kerana debat Twitter atau pendedahan skandal. Mereka mengundi kerana bantuan sara hidup, projek jalan raya, elektrik dan air serta kehadiran pemimpin di majlis kenduri.

“Populariti dalam kalangan anak muda juga tidak bermakna jika kadar keluar mengundi mereka rendah,” katanya.

Beliau berkata, parti berasaskan ideologi seperti DAP dan Pas kekal relevan kerana mempunyai jentera dan identiti yang jelas, manakala parti personaliti seperti Semangat 46 dan Pejuang semuanya tenggelam selepas satu atau dua pilihan raya.

Katanya, tanpa struktur parti dan naratif yang lebih daripada sekadar anti-establishment, parti Bersama juga akan berakhir sebagai parti yang sekadar boleh buat bising di media sosial atau ceramah saja tetapi gagal memberi impak di Parlimen.

Related Posts

11.59 malam ini tamat tempoh berkempen PRN Johor – SPR

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan semua calon dan parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor supaya mematuhi tempoh berkempen yang berakhir pada jam 11.59…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI utamakan kebajikan rakyat, bukan persepsi politik – Mat Sabu

JOHOR BAHRU – Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, serangan pembangkang terhadap Kerajaan MADANI lebih banyak bersandarkan persepsi berbanding fakta kerana kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Onn pandang serius isu pencerobohan bot pukat tunda, tindakan segera akan diambil

Onn pandang serius isu pencerobohan bot pukat tunda, tindakan segera akan diambil

Trafik sesak ke Johor isyarat rakyat serius tunaikan tanggungjawab pulang mengundi

Trafik sesak ke Johor isyarat rakyat serius tunaikan tanggungjawab pulang mengundi

11.59 malam ini tamat tempoh berkempen PRN Johor – SPR

11.59 malam ini tamat tempoh berkempen PRN Johor – SPR

SPR perkemas persiapan akhir hadapi hari pengundian esok

SPR perkemas persiapan akhir hadapi hari pengundian esok

Kerajaan MADANI utamakan kebajikan rakyat, bukan persepsi politik – Mat Sabu

Kerajaan MADANI utamakan kebajikan rakyat, bukan persepsi politik – Mat Sabu

EAIC syor KDN, JPN semak semula proses naturalisasi pemain Harimau Malaya

EAIC syor KDN, JPN semak semula proses naturalisasi pemain Harimau Malaya