Cari jalan proaktif perbaiki struktur ekonomi domestik

KUANTAN – Realiti tekanan kos sara hidup semasa memberi pilihan sama ada rakyat mahu mengeluh mengenai krisis atau bertindak secara proaktif.

Pempengaruh media sosial, Wan Mahussin Wan Zain berkata, tindakan mengeluh semata-mata bukan pilihan dan penyelesaian paling sesuai.

“Krisis atau tekanan ini juga tidak boleh diselesaikan jika kita terus mencari salah pihak lain atau meletakkan kesalahan kepada keadaan semasa.

“Tapi kita boleh bersedia untuk berdepan ketidaktentuan ini dengan langkah pertama yang datang dari diri kita sendiri – dengan mengamalkan cara hidup lebih jimat cermat,” katanya ketika sesi podcast sempena program Hasrat MADANI Parlimen Jerantut di FELDA Jengka 24, petang semalam.

Program itu dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Lantikan) Pahang, Rizal Jamin dan turut disertai Penyelaras Dewan Undangan Negeri Pulau Tawar, Norsarfinaz Mohd Azman.

Wan Mahussin turut menjelaskan, tahap kesedaran rakyat mengenai konflik di Asia Barat dan kesan secara langsung kepada pergerakan ekonomi global, perlu difahami sebaik mungkin.

Katanya, sekarang bukan masa untuk terus bermain politik ketika kerajaan Persekutuan sedang berusaha memperbaiki daya tahan ekonomi negara.

“Amat kurang bijak apabila ada pihak yang cuba menyemai budaya politik kebencian di saat rakyat sedang bergelut dengan segala macam masalah kehidupan.

“Seharusnya semua pihak berganding tangan dan mencari ruang untuk memperbaiki keadaan ekonomi, selain melihat kepada peluang ekonomi baharu yang boleh memperbaiki pendapatan masing-masing,” katanya.

Related Posts

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

SEPANG – Kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan jalan Persekutuan serta jalan negeri di sekitar Sepang dijangka siap pertengahan September ini, menjelang penganjuran Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

KUCHING – Seorang lelaki tempatan yang memiliki enam rekod jenayah lampau akhirnya berjaya ditumpaskan oleh pihak polis dalam satu serbuan di kawasan Taman Eastern Park pada Isnin malam. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut