Suami ditahan belasah isteri selepas gagal dapat wang beli dadah

SARATOK – Seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas dipercayai memukul isterinya dalam kejadian di sebuah rumah di kawasan Krian dekat sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, suspek berusia 26 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga.

Menurut beliau, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian tersebut pada 21 Mei lalu daripada mangsa yang merupakan seorang wanita berusia 29 tahun.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di rumah pasangan terbabit apabila suspek dipercayai meminta wang tunai sebanyak RM30 daripada isterinya untuk membeli bekalan dadah.

“Namun mangsa enggan memenuhi permintaan tersebut sebelum suspek bertindak memukul mangsa beberapa kali di bahagian muka dan belakang badan,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, akibat kejadian itu mangsa mengalami bengkak pada bahagian kening mata kanan dan kiri serta pipi kiri.

Tambahnya, pasangan terbabit telah berkahwin secara sah sejak tahun 2020 dan mempunyai seorang anak perempuan berusia lima tahun.

“Ujian saringan air kencing terhadap suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

“Suspek bagaimanapun telah menyerah diri dan kes kini dalam siasatan lanjut,” katanya.

Related Posts

Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

TAWAU – Wanita diseru supaya lebih prihatin terhadap kesihatan payudara dengan menjalani pemeriksaan bersesuaian serta mendapatkan nasihat profesional sekiranya mengesan sebarang perubahan yang membimbangkan. Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

LAHAD DATU – Belanjawan 2027 mencerminkan kesungguhan Kerajaan MADANI memastikan agenda pembangunan negara terus dilaksanakan seiring usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat termasuk di Sabah dan Sarawak. Ketua Cabang PKR Lahad Datu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

  • By Ithma
  • October 11, 2026
Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

  • By Ithma
  • October 11, 2026
Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, bukan sekolah semata-mata

Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, bukan sekolah semata-mata

Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

Peruntukan RM47.7 bilion: KKM diharap penuhi keperluan kesihatan Sabah, Sarawak

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Peruntukan RM47.7 bilion: KKM diharap penuhi keperluan kesihatan Sabah, Sarawak