KPDN Tawau gagalkan cubaan seludup 3,300 liter diesel ke negara jiran

TAWAU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Tawau berjaya merampas sebanyak 3,300 liter minyak diesel dalam serbuan di Kampung Merotai, Jalan Pitas, pada Jumaat.

KPDN Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 14 Tawau itu bagi membanteras aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi di daerah ini termasuk kawasan sekitar.

“Minyak diesel bernilai RM16,401.00 tersebut ditemui disimpan dalam tong besi dan dipercayai cuba diseludup ke negara jiran.

“Turut disita dalam operasi berkenaan ialah sebuah bot jenis ‘skow’, sebuah bot tunda (tugboat), lapan tong drum berisi diesel, gulungan hos sepanjang lima meter serta sebuah pam air berkuasa 5hp yang dipercayai digunakan untuk aktiviti pemindahan bahan api tersebut,” menurut kenyataan itu, pada Sabtu.

Tambah kenyataan tersebut, nilai keseluruhan rampasan termasuk barangan bukan kawalan mencecah RM3,503,701.00 dan kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

“KPDN Sabah memberi amaran kepada mana-mana individu atau syarikat supaya mematuhi undang-undang yang berkuat kuasa.

“Individu yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM1 juta bagi kesalahan pertama dan RM3 juta bagi kesalahan berikutnya atau penjara tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

“Bagi syarikat pula, denda boleh mencecah sehingga RM2 juta bagi kesalahan pertama dan RM5 juta bagi kesalahan berikutnya jika disabitkan kesalahan,” tambah kenyataan itu.

KPDN menegaskan komitmen berterusan untuk bekerjasama dengan agensi penguat kuasa lain dalam memastikan aktiviti penyelewengan barang kawalan dapat dibanteras sepenuhnya demi melindungi kepentingan pengguna dan negara.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan penyelewengan barang kawalan disaran menyalurkan aduan melalui saluran rasmi KPDN termasuk laman e-Aduan, talian pejabat KPDN Tawau atau aplikasi WhatsApp Aduan Pengguna di talian 019-279 4317.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan