AADK laksana inisiatif lima tahun perkasa komuniti perangi ancaman dadah

KANGAR – FELDA Mata Ayer di Padang Besar dipilih sebagai lokasi pelaksanaan Program Kampung Aspirasi Bebas Dadah (KABD) bagi tempoh lima tahun akan datang dalam usaha memperkukuh gerakan komuniti memerangi ancaman dadah di Perlis.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Zainuddin Abdullah berkata, program itu merupakan inisiatif terbaharu AADK menerusi pendekatan turun padang bersama komuniti setempat.

Menurut beliau, pelaksanaan KABD memberi fokus kepada usaha membentuk komuniti proaktif dalam menangani penyalahgunaan dan penagihan dadah secara menyeluruh.

“KABD merupakan platform AADK melaksanakan pelbagai program bersesuaian berasaskan teras pencegahan, rawatan, pemulihan, penguatkuasaan dan keselamatan.

“Ia bertujuan membersihkan kampung angkat daripada masalah dadah selain meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya penyalahgunaan dadah,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Perlis 2026 di Kompleks Seri Putra, di sini hari ini.

Zainuddin berkata, program itu turut memberi sokongan kepada klien dalam komuniti serta pejuang kepulihan untuk kembali menjalani kehidupan normal bersama masyarakat.

Katanya, pendekatan berasaskan komuniti penting bagi memastikan usaha membanteras dadah tidak hanya tertumpu kepada penguatkuasaan semata-mata.

“Ia juga melibatkan penglibatan aktif masyarakat setempat supaya komuniti sendiri menjadi benteng awal dalam mencegah gejala dadah,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, kerajaan negeri turut memberi penekanan kepada pemerkasaan Program Skuad Antidadah Perlis sebagai platform kesukarelawanan komuniti dan belia.

Menurut beliau, langkah itu dilihat mampu memperkukuh kerjasama strategik antara agensi dan masyarakat dalam membendung ancaman dadah yang semakin membimbangkan.

Terdahulu, beliau memaklumkan seramai 2,890 individu direkodkan terlibat dalam penyalahgunaan dan penagihan dadah di Perlis sepanjang tahun lalu.

Related Posts

Lebih 115,000 pengunjung, Sarikei cipta rekod baharu Program Sarawakku Sayang

SARIKEI – Program Sarawakku Sayang (SKS) Bahagian Sarikei mencatat sejarah tersendiri apabila merekodkan kehadiran seramai 115,150 pengunjung, sekali gus menjadi jumlah tertinggi sepanjang penganjuran program berkenaan di Sarawak tahun ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jururawat tunjang utama sistem kesihatan negara

LIMBANG – Profesion kejururawatan diiktiraf sebagai tunjang utama dalam memastikan kelancaran sistem penjagaan kesihatan negara, selain bertindak sebagai penghubung penting antara pesakit dengan pasukan perubatan. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lebih 115,000 pengunjung, Sarikei cipta rekod baharu Program Sarawakku Sayang

Lebih 115,000 pengunjung, Sarikei cipta rekod baharu Program Sarawakku Sayang

Jururawat tunjang utama sistem kesihatan negara

Jururawat tunjang utama sistem kesihatan negara

Langkah Jiwa Merdeka KMJG dekati masyarakat, semarak patriotisme

Langkah Jiwa Merdeka KMJG dekati masyarakat, semarak patriotisme

Setiap projek Rumah Selangorku wajib sedia hentian bas

Setiap projek Rumah Selangorku wajib sedia hentian bas

Laporan RCI Tabung Haji bukti wujud ‘pengkhianat’ Melayu Islam

Laporan RCI Tabung Haji bukti wujud ‘pengkhianat’ Melayu Islam

Kesatuan Pondok-Pondok Kelantan gesa tolak politik fitnah, perpecahan

Kesatuan Pondok-Pondok Kelantan gesa tolak politik fitnah, perpecahan