Kolaborasi KRT, Kementerian Digital: Perisai ‘scammer’, celik IT buat penduduk kampung

KUCHING – Kegusaran penduduk luar bandar, khususnya warga emas terhadap ancaman jenayah siber kini terbela menerusi Program Kolaborasi KRT Kampung Sourabaya Hilir bersama-sama Kementerian Digital Wilayah Sarawak.

Membawa tema ‘Kitak & Kampung Sik Tertinggal’, program yang memfokuskan pendaftaran Portal Rakyat Digital di Kampung Sourabaya Hilir ini menjadi platform terbaik merapatkan jurang literasi IT masyarakat. 

Ia bukan sekadar kelas komputer biasa, sebaliknya bertindak sebagai perisai menangkis scammer serta mencerahkan minda penduduk kampung dengan teknologi terkini.

Bagi Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Sourabaya Hilir, Salaimah Halil, 56, inisiatif tersebut hadir tepat pada masanya memandangkan golongan berusia sering menjadi mangsa penipuan.

“Ramai penduduk kampung terutama warga emas, takut guna internet sebab risau jadi mangsa scam. 

“Melalui program kolaborasi ini, kami bukan sahaja diajar pasal kecanggihan IT, tetapi yang paling penting diajar cara elak penipuan online. Pihak kerajaan memang prihatin dan tak mahu kami terus terpinggir,” ujar beliau. 

Menariknya, platform Portal Rakyat Digital ini sangat mudah diakses. Pembelajaran ditawarkan secara percuma sepenuhnya melalui telefon pintar dan amat mesra pengguna untuk warga emas, belia, mahupun usahawan kampung. 

Penduduk turut didedahkan dengan pengenalan kepada teknologi masa depan seperti Kecerdasan Buatan (AI).

Manakala bagi peserta program, Nizam Abd Rahim, 38, pengiktirafan rasmi yang ditawarkan portal tersebut memberi nilai tambah yang besar buat kerjaya anak muda.

“Modulnya fleksibel, kita boleh belajar ikut kelapangan masa sendiri. Paling berbaloi, sijil dan lencana digital yang disediakan secara percuma selepas tamat kursus boleh jadi ‘bukti kemahiran’ terutama apabila memohon kerja,” jelasnya teruja.

Tuntasnya, kolaborasi ini adalah langkah tuntas memastikan tiada komuniti yang ketinggalan dalam dunia digital. Ia berjaya melahirkan penduduk kampung yang bukan sahaja celik IT, tetapi kental dalam menghadapi ancaman siber.

Hadir sama menjayakan inisiatif bermakna itu ialah Timbalan Pengarah Pejabat Kementerian Digital Wilayah Sarawak, Haniza Amit berserta Ketua Kaum (KK) Amit Abg Sahari.

Related Posts

Gerakan Setia UMNO bangkit semangat pemuda FELDA

KUANTAN – Mesyuarat penyelarasan program Gerakan Setia UMNO peringkat FELDA Jengka 24, Jerantut, diadakan malam tadi. Program itu akan diadakan pada 30 Mei ini, bertujuan membina momentum awal dan memberi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MDLBS komited tingkat mutu perkhidmatan di Sibu Jaya

Oleh: Nana Mohamad & Eveline B SIBU – Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) komited untuk terus mempertingkat mutu penyampaian perkhidmatannya bagi memenuhi keperluan penduduk di Sibu Jaya yang semakin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kolaborasi KRT, Kementerian Digital: Perisai ‘scammer’, celik IT buat penduduk kampung

Kolaborasi KRT, Kementerian Digital: Perisai ‘scammer’, celik IT buat penduduk kampung

Villa ke Liga Juara-Juara lepas kalahkan Liverpool

Villa ke Liga Juara-Juara lepas kalahkan Liverpool

Gerakan Setia UMNO bangkit semangat pemuda FELDA

Gerakan Setia UMNO bangkit semangat pemuda FELDA

MDLBS komited tingkat mutu perkhidmatan di Sibu Jaya

MDLBS komited tingkat mutu perkhidmatan di Sibu Jaya

Saringan awal pastikan warga IPD Limbang kekal cergas

Saringan awal pastikan warga IPD Limbang kekal cergas

Kecemerlangan Dr Velerie bukti pendidikan memanusiakan manusia – Fadhlina

Kecemerlangan Dr Velerie bukti pendidikan memanusiakan manusia – Fadhlina