KPT perjelas kemasukan lepasan UEC ke IPTA masih dalam penelitian

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan garis panduan berkaitan kemasukan pemegang Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ke institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) masih belum diumumkan secara rasmi.

Ketua Pengarah KPT, Datuk Prof Dr Azlinda Azman berkata, sebarang kritikan terhadap dasar berkenaan adalah terlalu awal kerana kementerian belum menetapkan syarat kelayakan sepenuhnya.

“Syarat apa yang mereka (Dong Zong) nyatakan? Kita belum lagi keluarkan syarat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) yang mendakwa pengumuman KPT mengenai peluang kemasukan pemegang UEC ke universiti awam masih tidak jelas dan disertai pelbagai sekatan.

Menurut Azlinda, institusi pengajian tinggi awam mempunyai standard serta syarat kemasukan tersendiri yang perlu dipatuhi semua calon.

“Sebenarnya tidak kabur… Kita (KPT) di peringkat universiti telah ada syarat-syarat kita,” katanya.

Semalam, KPT mengumumkan lepasan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) dan institusi tahfiz dibenarkan memohon mengikuti beberapa program tertentu di IPTA.

Kementerian itu memaklumkan keputusan berkenaan dibuat hasil Mesyuarat Jemaah Menteri berkaitan laluan kemasukan pelajar daripada sistem pendidikan di luar sistem pendidikan kebangsaan ke IPTA.

Related Posts

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menggesa PKR supaya tidak berputus asa susulan kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebaliknya bangkit menyusun semula strategi bagi menghadapi Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

SHAH ALAM – Program MADANI Kita (PMK) 2026 menjadi platform penting untuk memastikan dasar dan inisiatif kerajaan bukan sekadar diumumkan, sebaliknya dapat dirasai secara langsung oleh rakyat melalui penyampaian pelbagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Trump tangguh rancangan serang Iran

Trump tangguh rancangan serang Iran

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan