Kerajaan, syarikat e-hailing bincang kerjasama rancakkan pelancongan Miri

MIRI – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) komited meneroka kerjasama strategik dengan pihak swasta, termasuk penyedia perkhidmatan e-hailing bagi memperkukuh sektor pelancongan di utara Sarawak, khususnya di bandar raya ini.

Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man berkata, satu pertemuan bersama wakil syarikat e-hailing, Maxim telah diadakan pagi tadi bagi membincangkan potensi kolaborasi yang mampu memberi nilai tambah kepada industri pelancongan tempatan.

Menurut beliau, usaha sama itu membuka peluang yang lebih bermakna antara kerajaan dan sektor swasta dalam merancakkan promosi, di samping meningkatkan fasiliti awam di kawasan tumpuan utama pelancong.

“Antara perkara yang dibincangkan ialah pelaksanaan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh pihak syarikat seperti penyediaan kemudahan awam membabitkan kerusi, papan tanda dan bangku yang dilengkapi stesen pengecas peranti,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mengulas lanjut, Choon Man berkata, perbincangan itu turut memfokuskan kepada jalan penyelesaian terhadap masalah logistik yang sering dihadapi pelancong.

Jelasnya, pihak e-hailing terbabit menyuarakan kesediaan untuk meneliti cadangan bagi menyediakan kumpulan pemandu khas di beberapa lokasi strategik seperti Taman Negara Niah.

Langkah itu dijangka dapat mengatasi masalah kekurangan pengangkutan, terutamanya bagi memudahkan pergerakan pelancong yang sukar mendapatkan kenderaan untuk perjalanan pulang selepas selesai melawat taman negara berkenaan.

Dalam pada itu, kedua-dua pihak turut berbincang mengenai perancangan promosi bersempena dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) di peringkat daerah Miri, selain merangka inisiatif promosi yang disasarkan khusus untuk kemudahan golongan pelajar.

Tegas beliau, sinergi antara kerajaan dengan penyedia e-hailing adalah langkah proaktif yang mampu memainkan peranan besar dalam memastikan sektor pelancongan terus berkembang maju, sekali gus memberi limpahan ekonomi kepada masyarakat setempat.

Related Posts

Projek SSM Perlis dahului jadual, capai 87 peratus siap

KANGAR – Projek pembinaan Sekolah Sukan Malaysia (SSM) Perlis yang sebelum ini berdepan pelbagai kelewatan kini menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila mencapai tahap kemajuan 87 peratus, sekali gus mendahului jadual asal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
LKIM salur bantuan RM467,532 perkasa nelayan Perak Zon Utara

KERIAN – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyalurkan peruntukan berjumlah RM467,532 kepada komuniti nelayan di Perak Zon Utara menerusi pelbagai program pembangunan, kebajikan dan perumahan bagi meningkatkan pendapatan serta kesejahteraan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tugas PN rampas Pahang sukar lepas hubungan Pas-Bersatu berakhir

Tugas PN rampas Pahang sukar lepas hubungan Pas-Bersatu berakhir

Projek SSM Perlis dahului jadual, capai 87 peratus siap

Projek SSM Perlis dahului jadual, capai 87 peratus siap

LKIM salur bantuan RM467,532 perkasa nelayan Perak Zon Utara

LKIM salur bantuan RM467,532 perkasa nelayan Perak Zon Utara

Warga asing tanpa lesen ditahan, kereta disita dalam Ops PeWA

Warga asing tanpa lesen ditahan, kereta disita dalam Ops PeWA

Ekonomi negara lebih meyakinkan di bawah pentadbiran Anwar, Malaysia lebih dikenali di mata dunia

Ekonomi negara lebih meyakinkan di bawah pentadbiran Anwar, Malaysia lebih dikenali di mata dunia

Program Satelit PMR KEMAS perkukuh perpaduan komuniti di Samalaju

Program Satelit PMR KEMAS perkukuh perpaduan komuniti di Samalaju