Bukan jenayah terpencil, pendidikan awal dan penguatkuasaan penting bendung pedofilia

PENDIDIKAN awal kepada kanak-kanak, pemerkasaan penguatkuasaan serta kerjasama semua pihak perlu diperkukuh bagi membendung ancaman pedofilia dan eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak di negara ini.

Menurut Profesor di Jabatan Psikologi dan Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Dr Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip berkata, isu pedofilia bukan lagi jenayah terpencil, sebaliknya membabitkan rangkaian antarabangsa yang menggunakan pelbagai medium termasuk media sosial untuk memanipulasi dan mengeksploitasi kanak-kanak.

Beliau berkata, langkah kerajaan memperkukuh sistem perlindungan dan penguatkuasaan bagi keselamatan kanak-kanak adalah tindakan tepat dalam menangani jenayah berkenaan.

“Isu keganasan seksual pedofilia ini adalah isu antarabangsa yang membabitkan pelbagai negara serta jenayah terancang.

“Apabila ada agensi dan sistem penguatkuasaan yang bergerak secara menyeluruh, ia memudahkan penyebaran maklumat, infografik dan kesedaran berkaitan ancaman pedofilia kepada masyarakat,” katanya.

Mohammad Aziz berkata demikian ketika mengulas usaha memperkukuh perlindungan kanak-kanak dalam ruang digital dan media sosial.

Mengulas kesan terhadap mangsa, beliau berkata penderaan seksual ketika zaman kanak-kanak boleh meninggalkan trauma berpanjangan sehingga dewasa.

Katanya, mangsa berisiko mengalami kemurungan, keresahan dan gangguan tekanan pascatrauma (PTSD) akibat penderaan serta gangguan seksual yang dialami.

“Kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan seksual dan tidak diberikan perlindungan sewajarnya biasanya akan membawa trauma itu sehingga dewasa.

“Kesan psikologi sangat kuat kerana mereka dimanipulasi ketika masih kecil dan tidak memahami apa yang berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, Mohammad Aziz menegaskan pendidikan adalah elemen paling penting dalam usaha melindungi kanak-kanak daripada menjadi mangsa eksploitasi seksual.

Katanya, pendidikan berkaitan keselamatan diri perlu diterapkan sejak peringkat awal termasuk di tadika dan sekolah rendah.

“Kita perlu mendidik kanak-kanak mengenai perkara yang dibenarkan dan tidak dibenarkan, termasuk anggota badan yang tidak boleh disentuh orang lain serta tindakan yang perlu diambil jika berdepan situasi mencurigakan.

“Pada masa sama, ibu bapa juga perlu diberi pendedahan kerana ramai yang masih kurang memahami ancaman pedofilia terutama dalam media sosial,” katanya.

Beliau berkata, agensi kerajaan, pihak sekolah dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu memainkan peranan meningkatkan kesedaran masyarakat berhubung isu berkenaan.

Mengulas langkah menjadikan media sosial lebih selamat kepada golongan muda, Mohammad Aziz berkata platform digital perlu mematuhi garis panduan keselamatan yang ditetapkan kerajaan.

“Platform media sosial seperti TikTok, Instagram dan X perlu mematuhi syarat keselamatan termasuk mengehadkan penggunaan akaun kepada kanak-kanak bawah umur serta melarang kandungan yang boleh membawa kepada eksploitasi seksual,” katanya.

Beliau turut menegaskan proses perlindungan, saluran aduan dan tindakan undang-undang perlu diperkasakan bagi memastikan mangsa mendapat pembelaan sewajarnya.

Pada Selasa, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menegaskan literasi digital perlu terus diperkasakan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap ancaman jenayah siber, khususnya jenayah pedofilia.

Fahmi berkata, usaha itu penting bagi mendidik masyarakat mengenai kewujudan rangkaian pemangsa seksual yang aktif menyasarkan kanak-kanak menerusi internet dan media sosial.

Beliau berkata, berdasarkan sidang media Ketua Polis Negara pada 30 April lalu, seramai 117 individu sudah ditahan setakat ini kerana disyaki terbabit dalam kes pedofilia.

Related Posts

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) mengarahkan semua sekolah dan institusi pendidikan kendalianya, yang terletak di kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 180 diarahkan tutup mulai esok. Ketua Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPM tutup institusi pendidikan di kawasan IPU tinggi, PdPR bermula Jumaat

KUALA LUMPUR — Kementerian Pendidikan (KPM) akan menutup institusi pendidikannya di kawasan yang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 180 mulai Jumaat, 9 Oktober, susulan keadaan jerebu yang boleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima lelaki ditahan, polis buru lapan lagi suspek kes khianat

Lima lelaki ditahan, polis buru lapan lagi suspek kes khianat

Ratu Suthida terbangkan jet pejuang secara solo

Ratu Suthida terbangkan jet pejuang secara solo

Abd Halim mahu SPRM kesan risiko rasuah sebelum terlambat

Abd Halim mahu SPRM kesan risiko rasuah sebelum terlambat

Diberi DNAA bukan bebas pertuduhan, 12 ahli politik boleh didakwa semula

Diberi DNAA bukan bebas pertuduhan, 12 ahli politik boleh didakwa semula

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu