Papan pemuka krisis bekalan global dibuka kepada awam mulai 15 Mei

PAPAN pemuka Pemantauan Krisis Bekalan Global dijangka boleh diakses oleh orang awam bermula 15 Mei ini dalam menjadikan sumber rujukan berpusat bagi memantau perkembangan semasa berkaitan isu bekalan dan tekanan ekonomi global.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, platform tersebut diwujudkan bagi memastikan rakyat mendapat akses kepada maklumat yang telus, mudah difahami dan dikemas kini secara berkala berhubung perkembangan krisis bekalan global.

Beliau memaklumkan, pembangunan papan pemuka tersebut dilaksana dilaksanakan secara bersama antara Kementerian Ekonomi dengan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

“Paparan awam dashboard ini merangkumi 10 submenu utama, antaranya tenaga, komoditi, kos sara hidup, prestasi ekonomi, kadar pertukaran wang asing dan aliran perdagangan.

“Insya-Allah, dashboard ini dijangka boleh diakses oleh orang awam bermula 15 Mei 2026,” katanya katanya menerusi siaran langsung taklimat krisis bekalan global di Facebook Kementerian Ekonomi pada Selasa.

Dalam pada itu, Akmal Nasrullah yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru berkata, satu lagi paparan khas untuk kegunaan kerajaan turut dibangunkan sebagai platform pemantauan dalaman.

“Sistem sedemikian akan membolehkan kerajaan menilai perkembangan semasa, mengenal pasti risiko awal serta merangka strategi mitigasi secara lebih tersusun berasaskan data hampir masa nyata,” katanya.

Sementara itu, Akmal berkata, situasi ekonomi global ketika ini masih tidak menentu susulan risiko geopolitik berpanjangan yang memberi tekanan kepada pasaran tenaga, harga komoditi, kos logistik dan kelancaran rantaian bekalan dunia.

Menurutnya, walaupun harga minyak mentah Brent menunjukkan penurunan 8.5 peratus kepada AS$108.40 setong bagi tempoh 5 hingga 8 Mei lalu berbanding AS$118.50 minggu sebelumnya, paras itu masih tinggi berbanding sekitar AS$68 sebelum tercetusnya krisis tenaga global pada Februari lalu.

“Perkembangan ini menunjukkan pasaran tenaga global ada menunjukkan sedikit kestabilan, tetapi masih perlu dipantau kerana
sebarang gangguan baharu boleh memberi kesan kepada kos tenaga dan pengeluaran,” katanya.

Beliau turut memaklumkan kedudukan ekonomi Malaysia kekal stabil dengan Bank Negara Malaysia mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus pada 7 Mei lalu.

“Selain itu, inflasi keseluruhan dan inflasi teras masing-masing mencatatkan purata 1.6 peratus dan 2.1 peratus pada suku pertama tahun ini.

“Anggaran awal KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) suku pertama 2026 menunjukkan pertumbuhan 5.3 peratus.

“Angka ini memberi isyarat bahawa ekonomi negara masih berada pada landasan pertumbuhan yang baik, dengan tekanan harga yang masih terkawal,” katanya.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

Nahas helikopter: KKM jamin bantuan penuh sehingga semua urusan selesai

Nahas helikopter: KKM jamin bantuan penuh sehingga semua urusan selesai