Gerik diperkasa sebagai hab eko-pelancongan dan sukan lasak antarabangsa

GERIK – Gerik terus memperkukuh kedudukannya sebagai hab eko-pelancongan dan sukan lasak bertaraf antarabangsa menerusi penganjuran Gerik Megatrails 2026 yang berjaya menarik penyertaan peserta dari dalam dan luar negara termasuk Thailand.

Penganjuran yang memasuki edisi ketiga itu dilihat semakin mendapat perhatian apabila menghimpunkan peminat sukan lasak menerusi pelbagai acara mencabar merentasi keindahan alam semula jadi Hulu Perak.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, Gerik kini bukan sahaja terkenal dengan panorama alam semula jadinya, malah semakin dikenali sebagai destinasi sukan lasak dan eko-pelancongan yang unik serta berpotensi besar untuk berkembang di peringkat antarabangsa.

Menurut beliau, penyertaan peserta luar negara membuktikan Gerik Megatrails semakin mendapat pengiktirafan dan mampu menjadi antara produk pelancongan sukan utama negeri Perak.

“Sebanyak 150 kenderaan pacuan empat roda (4×4) dan lebih 700 peserta motocross menyertai ekspedisi kali ini membabitkan laluan kira-kira 200 kilometer.

“Laluan melibatkan kawasan hutan, bukit-bukau dan perkampungan memberi pengalaman cukup istimewa kepada para peserta,” katanya dalam satu kenyataan.

Gerik Megatrails mengetengahkan pengalaman meneroka laluan hutan, sungai dan kawasan berbukit yang bukan sahaja mencabar ketahanan fizikal, malah memperlihatkan keindahan khazanah biodiversiti serta warisan alam semula jadi Hulu Perak yang bertaraf dunia.

Lokasi Gerik yang berhampiran Royal Belum State Park serta sebahagian daripada Lenggong Geopark turut memperkukuh potensinya sebagai destinasi pelancongan alam semula jadi yang mampu menarik lebih ramai pengunjung domestik dan antarabangsa.

“Selain aktiviti utama seperti 4×4, motocross dan trail run, program itu turut dimeriahkan dengan festival makanan, aktiviti komuniti dan persembahan pentas yang memberi nilai tambah kepada industri pelancongan setempat,”ujarnya.

Saarani turut berharap Gerik Megatrails akan terus berkembang sebagai antara acara sukan lasak terbaik negara sekali gus menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dan sektor pelancongan di Perak.

Foto: FB Saarani Mohamad

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak