Rosol terima penggantungan Bersatu, namun persoal kredibiliti lembaga disiplin

HULU TERENGGANU – Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid mengesahkan beliau menerima surat penggantungan keahlian Bersatu selama dua penggal, sekali gus menamatkan spekulasi berhubung kedudukannya dalam parti itu.

Rosol berkata, pemakluman rasmi berhubung tindakan tersebut diterima menerusi surat daripada Pengerusi Lembaga Disiplin bertarikh 29 April yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp.

Menurutnya, meskipun menerima keputusan berkenaan, penghargaan terhadap perjuangan dan ruang yang pernah diberikan Bersatu sepanjang perjalanan politiknya tetap tidak berubah.

“Saya mengakui Bersatu telah banyak memberi peluang dan sumbangan dalam perjalanan politik saya, dan saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta terima kasih atas perkara tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Bagaimanapun, Rosol secara terbuka melahirkan kebimbangan terhadap beberapa perkembangan mutakhir dalam parti yang disifatkan semakin menyimpang daripada asas perjuangan asal.

Beliau berkata, terdapat tindakan tertentu dalam parti yang pada pandangannya tidak lagi selari dengan prinsip perjuangan selain dilihat tidak konsisten dalam pelaksanaan.

Rosol turut menyentuh mengenai semangat Amar Makruf dan Nahi Mungkar yang menurutnya semakin terhakis dalam beberapa keadaan, walaupun ia sebelum ini sering dijadikan asas perjuangan parti.

Dalam masa sama, beliau membangkitkan persoalan terhadap ketelusan Lembaga Disiplin Bersatu yang didakwa memerlukan penambahbaikan dari sudut pemisahan fungsi siasatan, pendakwaan dan keputusan hukuman.

Menurutnya, keadaan itu menimbulkan persepsi bahawa entiti sama memainkan peranan menyiasat, membuat tuduhan, mendakwa dan menjatuhkan hukuman, sekali gus menjejaskan kredibiliti badan disiplin parti berkenaan.

“Lembaga Disiplin dilihat semakin hilang kredibiliti kerana entiti yang sama menyiasat, membuat tuduhan, mendakwa dan menjatuhkan hukuman,” katanya.

Walau bagaimanapun, Rosol memaklumkan beliau tidak bercadang mengemukakan sebarang rayuan terhadap keputusan penggantungan tersebut.

Kenyataan itu dijangka terus menghangatkan landskap politik dalaman Bersatu, khususnya di Terengganu, ketika perhatian kini tertumpu terhadap hala tuju beberapa pemimpin parti berkenaan menjelang perkembangan politik nasional seterusnya.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menyarankan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak membawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya, sebaliknya memberi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan