Peruntukan RM500,000 naik taraf jambatan Taman Yik King legakan penduduk

SUNGAI SIPUT – Kebimbangan penduduk Taman Yik King, Jalong, di sini yang sekian lama berdepan isu keselamatan jambatan besi di kawasan berkenaan bakal berakhir apabila Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meluluskan peruntukan sebanyak RM500,000 bagi kerja menaik taraf kemudahan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jalong, Loh Sze Yee berkata, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming telah meluluskan peruntukan tersebut bagi menggantikan jambatan besi lama dengan jambatan konkrit sepenuhnya, selain pemasangan pagar keselamatan dan lampu jalan tenaga solar.

Menurutnya, projek berkenaan dijangka memberi manfaat kepada lebih 100 keluarga yang menggunakan laluan itu setiap hari.

Katanya, usaha menaik taraf jambatan tersebut merupakan hasil tindakan susulan berterusan selepas isu keselamatan itu dibangkitkan oleh penduduk setempat sejak sekian lama.

“Kita telah turun padang meninjau keadaan, mengadakan lawatan tapak serta menyelaras pelbagai usaha termasuk mendapatkan peruntukan bagi memastikan keselamatan pengguna sentiasa terjamin.

“Bermula daripada kerja pembaikan kecemasan tahun lalu sehingga kepada pelaksanaan projek naik taraf menyeluruh hari ini, kami percaya laluan harian rakyat bukan isu kecil dan perlu diberi perhatian serius,” katanya dalam satu kenyataan.

Sze Yee yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pelaburan, Industri dan Pembangunan Koridor Negeri Perak turut merakamkan penghargaan kepada KPKT atas keprihatinan serta sokongan berterusan terhadap pembangunan dan kesejahteraan masyarakat di Sungai Siput.

Beliau berkata, komitmen meletakkan kebajikan rakyat sebagai keutamaan membolehkan pelbagai isu infrastruktur dan keperluan asas di peringkat akar umbi diselesaikan secara berperingkat.

“Daripada penyediaan lampu jalan, penambahbaikan jalan raya hinggalah kepada usaha mewujudkan komuniti yang lebih selamat dan selesa, semuanya memerlukan kerjasama serta sokongan semua pihak,” katanya.

Foto: FB Loh Sze Yee

Related Posts

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

MUKAH – Kebajikan golongan kurang berkemampuan di daerah ini terus terbela apabila 45 individu menerima sumbangan menerusi Program Jelajah Saberkas Prihatin Sarawak Zon Mukah pada Jumaat.  Inisiatif murni bermula seawal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

KALABAKAN – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) digesa menyegerakan proses tender semula projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Kampung Luasong yang bernilai lebih RM30 juta. Ahli Parlimen Kalabakan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman