Ketidaktentuan global beri tekanan kepada rakyat – Tun Wan Junaidi

KUCHING – Ketegangan geopolitik dunia, konflik antarabangsa dan ketidaktentuan ekonomi global kini memberi tekanan langsung kepada kehidupan rakyat termasuk peningkatan kos sara hidup, harga makanan dan kos pengangkutan.

Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, dunia ketika ini sedang berhadapan dengan cabaran besar yang menuntut semua pihak lebih bersedia dan berdaya tahan dalam mendepani perubahan global.

Menurut beliau, kesan ketidaktentuan tersebut bukan sahaja dirasai di peringkat antarabangsa, malah turut memberi implikasi kepada ekonomi domestik dan kesejahteraan rakyat.

“Dunia ketika ini sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran dan ketidaktentuan akibat ketegangan geopolitik, perubahan ekonomi global serta konflik antarabangsa yang boleh memberi kesan kepada kestabilan pasaran dunia dan rantaian bekalan global.

“Kesan daripada ketidaktentuan ini turut dirasai oleh rakyat melalui peningkatan kos sara hidup, harga makanan, kos pengangkutan dan tekanan terhadap ekonomi isi rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-19 di Kuching pada Isnin.

Dalam pada itu, beliau menegaskan Sarawak masih mampu mengekalkan kestabilan ekonomi hasil pengurusan kewangan yang berhemah serta dasar pembangunan yang jelas di bawah kepimpinan Premier Sarawak.

Katanya, pelbagai langkah proaktif telah dilaksanakan kerajaan negeri bagi membantu mengurangkan beban rakyat melalui bantuan dan inisiatif yang memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat.

Mengulas lanjut, beliau berkata semua pihak perlu memperkukuh kerjasama serta mempercepat usaha membangunkan ekonomi yang lebih mampan dan inklusif bagi menghadapi cabaran global yang berterusan.

“Pada masa yang sama, kesejahteraan rakyat hendaklah sentiasa menjadi keutamaan supaya tiada golongan yang tercicir daripada arus pembangunan negeri,” ujarnya.

Beliau turut menekankan bahawa Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) kekal menjadi panduan utama dalam memacu pembangunan Sarawak ke arah wilayah maju, mampan dan berpendapatan tinggi.

Menurutnya, tempoh beberapa tahun sebelum 2030 perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk memperkukuh pembangunan industri bernilai tinggi, transformasi digital, tenaga hijau dan pembangunan modal insan.

Selain itu, beliau berkata perkembangan teknologi tinggi termasuk aeroangkasa, ekonomi digital, tenaga bersih dan kecerdasan buatan (AI) memerlukan Sarawak melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir dan profesional tempatan.

Dalam ucapan sama, beliau turut menyeru rakyat Sarawak supaya terus mengekalkan perpaduan dan keharmonian yang menjadi kekuatan utama negeri itu dalam menarik keyakinan pelabur dan memastikan kestabilan pembangunan jangka panjang.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Nahas maut dua remaja: Pemandu kereta didapati positif dadah

IPOH – Pemandu kereta yang dipercayai menjadi punca kemalangan mengorbankan dua remaja perempuan di Jalan Padang Tembak, Teluk Intan, petang Ahad, didapati positif dadah jenis benzodiazepine. Ketua Polis Daerah Hilir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua remaja perempuan maut, kanak-kanak cedera, dirempuh kereta gagal memotong

TELUK INTAN – Dua remaja perempuan maut, manakala seorang kanak-kanak lelaki cedera selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan dua kereta di Jalan Padang Tembak di sini, petang Ahad.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Limpahan pemerkasaan ekonomi dinantikan penduduk Port Dickson

Limpahan pemerkasaan ekonomi dinantikan penduduk Port Dickson

Nahas maut dua remaja: Pemandu kereta didapati positif dadah

Nahas maut dua remaja: Pemandu kereta didapati positif dadah

Rakyat Malaysia maut ditikam dalam pergaduhan di Korea Selatan

Rakyat Malaysia maut ditikam dalam pergaduhan di Korea Selatan

Biarpun ada pihak mahu ‘bungkus’ Anthony, Amirudin yakin DUN Chennah kekal milik PH

Biarpun ada pihak mahu ‘bungkus’ Anthony, Amirudin yakin DUN Chennah kekal milik PH

‘Haramkan’ pihak pertikai asal usul Melayu

‘Haramkan’ pihak pertikai asal usul Melayu

‘Dengan kudrat yang ada’, Mohd Aidil yakin kelebihan turun padang

‘Dengan kudrat yang ada’, Mohd Aidil yakin kelebihan turun padang