Warga Pulau Banggi sambut baik peruntukan lebih RM31 juta diumum PM

KUDAT – Warga Pulau Banggi menyambut baik pengumuman peruntukan lebih RM31 juta oleh Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena lawatan kerja beliau ke pulau berkenaan.

Christine Norshidah Jamlin, 41, guru di SK Karakit berkata, kehadiran Perdana Menteri ke Banggi memberi semangat dan harapan baharu kepada masyarakat setempat khususnya golongan pendidik dan penduduk luar bandar.

Katanya, pengumuman peruntukan itu membuktikan kerajaan mengambil berat terhadap pembangunan di kawasan berkenaan terutama melibatkan aspek pendidikan, kemudahan asas dan kesejahteraan rakyat.

“Alhamdulillah, kami sangat bersyukur dan terharu kerana Perdana Menteri sendiri sanggup turun padang datang ke Banggi untuk melihat keadaan masyarakat di sini.

“Kami amat menyambut baik pengumuman peruntukan dan berharap ia dapat memberi manfaat besar kepada masyarakat terutama dari segi pendidikan, kemudahan asas dan kesejahteraan penduduk.” katanya ketika dihubungi wartawan TMP pada Sabtu.

Selain itu, Christine turut meluahkan rasa syukur atas keprihatinan PM yang memberikan tempoh dua minggu kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kudat untuk menyediakan laporan berkaitan keperluan pembangunan pendidikan khusus bagi SMK Banggi.

Sementara itu, Wille Jeffnih Jeffrin, 30, yang juga penduduk Banggi menyifatkan lawatan Anwar ke Pulau Banggi sebagai satu detik bersejarah buat masyarakat setempat.

“Kehadiran beliau menunjukkan bahawa kerajaan mengambil berat tentang rakyat di kawasan kepulauan dan pedalaman seperti Banggi.

“Penduduk di sini rasa dihargai dan lebih yakin bahawa suara kami didengari,” katanya.

Tambahnya, majlis ramah mesra PM bersama masyarakat Pulau Banggi adalah satu majlis sangat bermakna kerana ia memberi peluang kepada rakyat untuk bertemu dan berinteraksi secara dekat dengan PM.

“Kehadiran beliau memberi motivasi serta harapan baharu kepada masyarakat di sini bahawa Banggi akan terus diberi perhatian dalam arus pembangunan negara,” ujarnya.

Manakala Kasun Ugan, 50, turut berasa teruja dengan kedatangan PM ke Banggi selepas terakhir kali pada tahun 1994.

Katanya, warga Banggi amat berharap peruntukan yang diumumkan itu dapat dilaksanakan dengan baik demi manfaat masyarakat di kawasan berkenaan.

“Peruntukan RM31 juta ini sedikit demi sedikit sebanyak mampu mengubah struktur pembangunan asas ke arah yang lebih baik,” katanya.

Related Posts

BMW dipandu warga asing tanpa lesen sah disita JPJ

ARAU – Sebuah kereta mewah jenis BMW 523i E60 yang dipandu seorang lelaki warga asing disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis selepas dikesan melakukan beberapa kesalahan jalan raya, semalam. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JIM Perlis gempur Arau, Beseri dan Kangar, 11 warga Bangladesh dicekup

KANGAR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perlis menggempur beberapa lokasi di Arau, Beseri dan Kangar sebelum menahan 11 lelaki warga Bangladesh dalam Operasi Mega Bersepadu (Ops Mega) yang dilaksanakan serentak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan perhebat langkah perkukuh sistem agromakanan negara

Kerajaan perhebat langkah perkukuh sistem agromakanan negara

Slogan ‘Asalkan Bukan PH-DAP’ cetus politik berasaskan kelompok – Tajuddin

Slogan ‘Asalkan Bukan PH-DAP’ cetus politik berasaskan kelompok – Tajuddin

Trump umum akan serang Iran dalam tempoh 48 jam

Trump umum akan serang Iran dalam tempoh 48 jam

RMK13 fokus tingkat pendapatan, tangani fenomena ‘working poor’ – Menteri Ekonomi

RMK13 fokus tingkat pendapatan, tangani fenomena ‘working poor’ – Menteri Ekonomi

Kerajaan jamin bekalan makanan negara mencukupi, stok beras tahan enam bulan

Kerajaan jamin bekalan makanan negara mencukupi, stok beras tahan enam bulan

Lebih 219,000 pemegang kad UNHCR berdaftar, kerajaan perketat pengurusan pelarian

Lebih 219,000 pemegang kad UNHCR berdaftar, kerajaan perketat pengurusan pelarian