Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

SANDAKAN – Sambutan Pesta Kaamatan di daerah ini disifatkan sebagai platform terbaik dalam menyatukan masyarakat pelbagai kaum serta merapatkan hubungan politik tanpa mengira fahaman parti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sugut, James Ratib berkata, keunikan di Sandakan jelas dapat dilihat apabila pelbagai pemimpin termasuk wakil rakyat pembangkang hadir bersama-sama memeriahkan sambutan perayaan berkenaan.

“Saya tengok di Sandakan ini agak unik kerana bukan sahaja Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Datuk Walter Kenson berjaya menyatukan budaya dan etnik di sini, tetapi juga dapat menyatukan fahaman politik.

“Saya lihat empat wakil rakyat daripada pembangkang turut hadir bersama meraikan Pesta Kaamatan kali ini.

“Begitu juga rakan saya, ADUN Kuamut, Datuk Masiung Banah yang sentiasa memberi sokongan kepada perayaan ini,” katanya ketika ditemui pada sambutan Pesta Kaamatan, di sini, pada Sabtu.

James berkata, kehadiran masyarakat daripada pelbagai latar belakang budaya dan etnik memberikan semangat baharu kepada daerah Sandakan.

“Insya-Allah kita mahu lebih banyak perayaan seperti ini diadakan kerana ia mampu menyatukan kaum, politik dan masyarakat secara keseluruhannya,” katanya.

James yang juga Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi mengingatkan golongan muda agar menggunakan teknologi digital dan media sosial secara positif demi pembangunan masyarakat dan negara.

Menurutnya, perkembangan teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI) perlu dimanfaatkan dengan bijak dan bukannya dijadikan medium untuk menyebarkan fitnah atau menjatuhkan individu lain.

“Anak muda kita sekarang bergerak seiring dengan kemajuan digital dan pendigitalan. Kita menyahut seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak ketinggalan dalam teknologi dan pendigitalan.

“Tetapi kita juga mahu anak muda tidak menyalahgunakan teknologi baharu seperti AI untuk membuat fitnah atau perkara negatif kerana matlamat pembangunan itu tidak akan tercapai,” katanya.

Tambahnya lagi, teknologi digital sepatutnya dimanfaatkan untuk memperluaskan pasaran, memudahkan urusan harian serta memperkenalkan budaya tempatan ke peringkat lebih luas.

“Sekarang ini semuanya boleh dibuat secara langsung. Anak muda boleh jadikan ini sebagai budaya sihat untuk menyebarkan budaya kita ke seluruh dunia.

“Bukan sahaja di Sabah atau Semenanjung, malah seluruh dunia boleh mengenali budaya kita melalui teknologi baharu ini,” ujarnya.

Beliu turun berkata, penggunaan teknologi secara bijak juga mampu menjadi sumber ekonomi baharu selain membantu meningkatkan sektor pelancongan di Sabah.

Related Posts

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

KOTA KINABALU – Sabah secara rasmi menyertai Deklarasi Data Aset Jalan (DDJ) bagi memperkukuh pengurusan data aset jalan secara lebih bersepadu, sistematik dan telus di peringkat nasional. KKR dalam kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026

KOTA KINABALU – Kementerian Kerja Raya (KKR) terus memperkukuh agenda pendigitalan sektor pembinaan negara menerusi penganjuran Program Kolaborasi Strategik Kerja Raya Malaysia 2026 yang menghimpunkan pengurusan tertinggi dan pegawai teknikal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Pujuk macam mana pun, PDM BN DUN Klawang tetap ditutup’

‘Pujuk macam mana pun, PDM BN DUN Klawang tetap ditutup’

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

Pengguna dakwa laman sosial Facebook gagal diakses

Pengguna dakwa laman sosial Facebook gagal diakses

KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026

KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026

KKR, Sabah dan Sarawak meterai MoU tubuh Makmal MyBIM Malaysia

KKR, Sabah dan Sarawak meterai MoU tubuh Makmal MyBIM Malaysia