Kenaikan harga padi RM3,000 per tan: Manifesto atau fantasi politik?

PEMBANGKANG kini kembali dengan skrip lama iaitu menabur janji bulan dan bintang setiap kali pilihan raya akan menjelang.

Kali ini, sasaran mereka ialah golongan pesawah.

Janji yang dilemparkan bukan kecil iaitu harga lantai padi RM3000 per tan metrik. Kedengaran hebat, tetapi persoalannya adakah realistik atau sekadar umpan politik?

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, menyatakan janji ini akan dimasukkan dalam manifesto.

Namun rakyat sudah semakin matang. Manifesto tanpa pelan pelaksanaan hanyalah kertas kosong yang dibungkus indah.

Hakikatnya, menaikkan harga lantai padi ke RM3,000 bukan sekadar isu membantu pesawah. Ia membawa implikasi besar iaitu kos pengeluaran beras akan melonjak, dan akhirnya pengguna seluruh negara yang menanggung beban.

Pembangkang sengaja memilih untuk tidak bercakap tentang kesan rantaian ini.

Mereka hanya menjual mimpi kepada pesawah, tetapi menutup mata terhadap realiti ekonomi.

Lebih membimbangkan, ini bukan kali pertama janji besar ditaburkan. Kita masih ingatkah deretan janji ketika mereka berkuasa selama 33 bulan iaitu penghapusan PTPTN, pelaksanaan RUU355 dan hukum hudud akhirnya entah ke mana.

Semuanya berakhir sebagai retorik tanpa hasil.
Jadi, mengapa pesawah harus percaya dengan janji -janji itu lagi?

Sebaliknya, rekod semasa menunjukkan pendekatan yang lebih baik lagi bertanggungjawab.

Harga padi dinaikkan secara berperingkat iaitu dari RM1,200 ke RM1,300, dan kini RM1,500. Ini bukan janji kosong, tetapi langkah yang dilaksanakan dengan mengambil kira keseimbangan antara kebajikan pesawah dan kemampuan pengguna.

Zaman PMX lebih banyak membantu pesawah berbanding PN . Umumnya pun tahu kebanyakkan pesawah terutama di Kedah lebih memihak kepada pembangkang.

Segala budi baik dari PMX sering dibalas dengan cercaan.

Zaman pemerintahan PN apabila kepimpinannya bertemu dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary sumbangan itu terus dimasukkan kepada dana parti.

Berbanding dengan PMX apabila bertemu dengan Syed Mokhtar dana itu terus sampai kepada pesawah yang sangat memerlukan bantuan.

Inikah yang dikatakan PM sekarang zalim dan tidak peka dengan masalah pesawah?

Kenaikan kos input pula bukan isu tempatan semata-mata. Negara jiran seperti Thailand dan Vietnam turut berdepan tekanan yang sama. Maka penyelesaiannya memerlukan dasar yang mampan, bukan janji populis yang boleh memakan diri.

Persoalan lain yang tidak boleh diabaikan iaitu mengapa desakan dan gerakan berkaitan isu pesawah sering tertumpu di negeri-negeri tertentu sahaja?

Di negeri selatan tanah air jarang kedengaran pesawah mengeluh dengan pelbagai masalah.

Adakah ini kebetulan, atau ada tangan-tangan politik yang mengatur dari belakang?

Pesawah tidak boleh lagi menjadi alat percaturan politik.

Penulis yakin terdapat beberapa badan bukan kerajaan (NGO) turut menjadi dalang dalam menuntut pelbagai bantuan .

Ini seolah-olah mahu menunjukkan Kerajaan MADANI ini gagal dalam membantu pesawah hari ini.

Mereka perlu menilai berdasarkan rekod, bukan retorik. Berdasarkan tindakan, bukan janji.

Apa pun sebelum menabur janji kepada pesawah adalah lebih baik Takiyuddin memperjuangkan dahulu nasib guru-guru Pasti dengan gaji mereka di bawah kemiskinan.

Kerana dalam politik, yang paling berbahaya bukan musuh yang jelas tetapi janji manis yang akhirnya membawa padah.

Related Posts

Etika berpolitik: Dari politik ketakutan kepada politik penyelesaian

Oleh: Moaz Nair BERPOLITIK atas nama agama dan bangsa tidak sepatutnya dilakukan dengan menabur fitnah atau melemparkan tuduhan melulu terhadap mana-mana kaum. Tular baru-baru ini dakwaan oleh seorang pemimpin agama…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keluar Dewan masuk TikTok, ini ‘level’ Ahli Parlimen pembangkang?

SAYANG seribu kali sayang, sudah ada kelebihan namun tidak digunakan. Begitulah boleh diumpamakan terhadap sebahagian Ahli Parlimen pembangkang yang bertindak keluar Dewan Rakyat ketika ruang untuk membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RUU Pewarisan Orang Islam 2026 modenkan perundangan syariah Sabah

  • By Ithma
  • August 12, 2026
RUU Pewarisan Orang Islam 2026 modenkan perundangan syariah Sabah

RCI Tabung Haji: Guan Eng terima pujian kerana selamatkan Tabung Haji

RCI Tabung Haji: Guan Eng terima pujian kerana selamatkan Tabung Haji

Siasat dakwaan agih bantuan untuk dapat sokongan

Siasat dakwaan agih bantuan untuk dapat sokongan

Tular jual RON95 kepada kenderaan asing, KPDN Perak tindak pantas

Tular jual RON95 kepada kenderaan asing, KPDN Perak tindak pantas

Rakyat dapat 10GB data percuma sempena Hari Kebangsaan, Hari Malaysia

Rakyat dapat 10GB data percuma sempena Hari Kebangsaan, Hari Malaysia

Minyak masak subsidi dicampur pewarna untuk lebih untung

Minyak masak subsidi dicampur pewarna untuk lebih untung