Bapa 11 anak mengaku tidak bersalah pukul isteri hingga parah

SUNGAI PETANI – Bekas suami mangsa keganasan rumah tangga, Jahidah Nordin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan memukul isterinya sehingga parah pada Mac dan bulan lalu.

Tertuduh, Rosmaini Abdul Raof, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Najwa Che Mat.

Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap isterinya, Nurfitri Moktar, 39, dengan menggunakan kerusi plastik dan getah paip di sebuah rumah di Bandar Amanjaya, di sini kira-kira pukul 5 petang, 29 Mac lalu.

Bapa 11 anak itu turut dituduh melakukan kesalahan itu ke atas mangsa dengan menggunakan penyangkut baju dan besi penyangkut langsir di lokasi sama kira-kira pukul 9 pagi, 23 April lalu.

Pendakwaan bagi kedua-dua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan (KK) dan dibaca bersama Seksyen 326A KK akta sama kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata atau objek.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Jika kesalahan itu dilakukan terhadap pasangan hendaklah dihukum dengan pemenjaraan dua kali ganda bagi tempoh maksimum di bawah Seksyen 326 KK.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan negeri, Datuk Khairul Anuar Abdul Halim, manakala tertuduh diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Ruzana Abdul Rahim.

Pada prosiding itu, Khairul Anuar membantah sebarang jaminan kerana tertuduh kini berstatus banduan dan sedang menjalani hukuman penjara, selain dalam perbicaraan kes lain bagi kesalahan hampir serupa di Mahkamah Majistret Alor Setar.

Ruzana kemudian memohon jaminan dibenarkan dengan syarat kerana tertuduh menanggung dua isteri dan 11 anak yang masih bersekolah. Hakim Najwa tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 16 Jun ini untuk sebutan semula kes.

Dalam prosiding sama, Hakim turut bertanya mengenai tangan kiri tertuduh yang berbalut sama ada sudah mendapatkan rawatan. Rosmaini memaklumkan dia sudah menerima rawatan dan mendakwa tangannya patah ketika tangkapan dilakukan sebelum ini.

Sementara itu, abang mangsa turut berada dalam kamar mahkamah bagi mengikuti prosiding pertuduhan tersebut.

Rosmaini ketika ini menjalani hukuman penjara 14 tahun di Penjara Kajang bagi kes mencederakan Jahidah yang sedang hamil sehingga menyebabkan wanita itu koma pada tahun 2021.

Hukuman itu diputuskan Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Isnin lalu. Mahkamah turut memerintahkan Rosmaini membayar pampasan RM25,000 kepada bekas isterinya melalui ahli keluarga serta penjara tambahan selama enam bulan sekiranya gagal berbuat demikian.

Media sebelum ini melaporkan mangsa berusia 39 tahun yang merupakan penjawat awam cedera parah dan kandungan berusia 12 minggu gugur selepas dipercayai dipukul suaminya bulan lalu.

Related Posts

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

KOTA KINABALU – Sabah secara rasmi menyertai Deklarasi Data Aset Jalan (DDJ) bagi memperkukuh pengurusan data aset jalan secara lebih bersepadu, sistematik dan telus di peringkat nasional. KKR dalam kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026

KOTA KINABALU – Kementerian Kerja Raya (KKR) terus memperkukuh agenda pendigitalan sektor pembinaan negara menerusi penganjuran Program Kolaborasi Strategik Kerja Raya Malaysia 2026 yang menghimpunkan pengurusan tertinggi dan pegawai teknikal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Pujuk macam mana pun, PDM BN DUN Klawang tetap ditutup’

‘Pujuk macam mana pun, PDM BN DUN Klawang tetap ditutup’

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

Pengguna dakwa laman sosial Facebook gagal diakses

Pengguna dakwa laman sosial Facebook gagal diakses

KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026

KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026

KKR, Sabah dan Sarawak meterai MoU tubuh Makmal MyBIM Malaysia

KKR, Sabah dan Sarawak meterai MoU tubuh Makmal MyBIM Malaysia