Kegiatan jual petrol bersubsidi kepada warga asing terbongkar

KANGAR – Kegiatan seorang pembantu kedai dipercayai mengutip dan menjual petrol bersubsidi kepada warga asing terbongkar selepas dia ditahan dalam Ops Tiris 4.0 di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Kuala Perlis di sini semalam.

Suspek lelaki tempatan berusia 32 tahun itu ditahan kira-kira pukul 8 malam hasil risikan selama dua minggu yang dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis.

Pengarah KPDN Perlis, Rohaida Hassan berkata, modus operandi suspek adalah dengan mengedarkan tong kosong jenis ‘Jerry Can’ kepada individu tertentu pada waktu pagi sebelum mengutip semula tong yang telah diisi petrol pada sebelah petang.

Menurut beliau, petrol yang dikumpulkan itu kemudiannya dihimpunkan di kawasan jeti sebelum diambil pembeli warga asing dari negara jiran.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai menjual petrol itu pada harga hampir dua kali ganda berbanding harga petrol bersubsidi di negara ini.

“Pembeli dari negara jiran dipercayai akan datang ke jeti untuk mengambil bekalan petrol yang telah dikumpulkan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, operasi tersebut disertai sembilan pegawai penguat kuasa KPDN Perlis bersama sembilan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, hasil pemeriksaan menemukan sebanyak 28 tong ‘Jerry Can’ berisi cecair dipercayai petrol bersama sebuah motosikal Honda Beat bernombor pendaftaran tempatan yang digunakan untuk mengangkut bahan bakar tersebut ke lokasi kejadian.

“Semakan lanjut mendapati suspek gagal mengemukakan sebarang surat kebenaran, lesen atau permit menyimpan barang kawalan daripada Pengawal Bekalan Malaysia.

“Sebanyak 840 liter petrol disita dengan nilai dianggarkan RM1,932,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya turut menyita sebuah motosikal Honda Beat bernilai kira-kira RM2,000 serta 32 tong ‘Jerry Can’ bernilai RM320 menjadikan keseluruhan nilai rampasan dianggarkan RM4,252.

Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika disabitkan kesalahan, individu boleh didenda sehingga RM1 juta atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.

Related Posts

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

KOTA KINABALU – Kira-kira 250 pelari dari 26 negara dijangka menyertai Mount Kinabalu International Climbathon edisi ke-33 yang akan berlangsung pada 18 Oktober ini, sekali gus mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills