Jalan Manek Urai menghubungkan FT8 ke jambatan dibuka kepada awam

KUALA KRAI – Jalan Manek Urai yang menghubungkan Laluan Persekutuan FT8 ke Jambatan Manek Urai kini siap sepenuhnya dan dibuka kepada kenderaan awam.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Jajahan Kuala Krai dalam satu kenyataan memaklumkan pembukaan laluan itu dijangka dapat melancarkan aliran trafik di kawasan berkenaan.

Menurut kenyataan itu, kemudahan tersebut memberi manfaat khususnya kepada pengguna yang berulang-alik melalui laluan utama terbabit.

Bagaimanapun, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada ketika melalui simpang di kawasan itu kerana melibatkan pertemuan aliran trafik dari beberapa arah.

“Pengguna juga dimohon agar tidak menjadikan susur dan lorong di simpang tersebut sebagai laluan memotong kerana ia boleh mengundang risiko kemalangan,” menurut kenyataan itu.

JKR berkata, kerjasama semua pengguna jalan raya amat penting bagi memastikan keselamatan sentiasa terpelihara.

Orang ramai turut diseru agar mematuhi peraturan jalan raya serta peka terhadap keadaan semasa bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Pembukaan jalan itu diharap dapat meningkatkan kelancaran trafik serta keselesaan pengguna di kawasan berkenaan.

Related Posts

Prestasi STPM Perak catat rekod terbaik sejak 2013, semua calon layak terima sijil

IPOH – Prestasi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 di Perak mencatat sejarah tersendiri apabila merekodkan pencapaian terbaik sejak sistem semester diperkenalkan pada tahun 2013, dengan semua calon layak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gara-gara ‘angkut’ migran, dua anggota tentera didakwa ke mahkamah

ALOR SETAR – Dua anggota tentera dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengangkut migran warga Myanmar yang diseludup di Bukit Kayu Hitam, dekat sini bulan lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Prestasi STPM Perak catat rekod terbaik sejak 2013, semua calon layak terima sijil

Prestasi STPM Perak catat rekod terbaik sejak 2013, semua calon layak terima sijil

Gara-gara ‘angkut’ migran, dua anggota tentera didakwa ke mahkamah

Gara-gara ‘angkut’ migran, dua anggota tentera didakwa ke mahkamah

Suami Nancy Shukri, Datuk Kamil Misuari meninggal dunia

Suami Nancy Shukri, Datuk Kamil Misuari meninggal dunia

Malaysia ulangi pendirian utamakan diplomasi tangani ketegangan global – PM

Malaysia ulangi pendirian utamakan diplomasi tangani ketegangan global – PM

Terengganu cipta sejarah, kekal negeri terbaik STPM 2025

Terengganu cipta sejarah, kekal negeri terbaik STPM 2025

Dua disabitkan gagal patuhi award TTPM

Dua disabitkan gagal patuhi award TTPM