Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan semakan mingguan harga runcit produk petroleum dengan RON95 tanpa subsidi dan diesel di Semenanjung Malaysia mencatat kenaikan lima sen bagi tempoh 7 hingga 13 Mei ini, manakala RON97 kekal pada paras sedia ada.

Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan bahawa harga RON97 kekal pada RM4.90 seliter.

Sementara itu, harga RON95 tanpa subsidi dinaikkan kepada RM4.02 seliter berbanding RM3.97 seliter sebelum ini, manakala diesel di Semenanjung Malaysia meningkat kepada RM5.17 seliter daripada RM5.12 seliter minggu lalu.

Dalam tempoh sama, kerajaan terus mengekalkan pelaksanaan subsidi bersasar bagi membantu rakyat dan sektor tertentu.

Ini termasuk RON95 (BUDI95) pada RM1.99 seliter, diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan pada RM2.15 seliter, Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) pada RM2.05 seliter serta Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) pada RM2.15 seliter.

MoF menjelaskan bahawa penetapan harga dibuat berdasarkan kaedah Automatic Pricing Mechanism (APM) yang mengambil kira purata harga minyak mentah dunia bagi minggu sebelumnya.

“Harga petroleum masih kekal tinggi, melebihi AS$100 setong, berikutan ketiadaan penyelesaian terhadap konflik di Asia Barat.

“Keadaan ini turut menjurus kepada kekangan bekalan minyak mentah dan produk petroleum global, yang semakin meruncing akibat kerosakan kemudahan pengeluaran dan penapisan minyak di rantau tersebut,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, Kerajaan MADANI menyeru orang ramai supaya terus mengamalkan penggunaan bahan api secara berhemat bagi memastikan kestabilan bekalan tenaga negara.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan