Showcase Cats30 gegarkan Pesta Kaul Mukah

MUKAH – Kehadiran ribuan pengunjung membanjiri Tapak Kaul Mukah pada Ahad membuktikan penganjuran Showcase Cats30 x Pesta Kaul Mukah berjaya mencapai matlamatnya dalam menyemarakkan lagi sambutan Kaul Mukah 2026.

Konsert yang menjadi antara acara kemuncak pesta tersebut bukan sahaja menarik perhatian penduduk setempat, malah pengunjung dari luar daerah yang tidak melepaskan peluang menyaksikan persembahan barisan artis popular tanah air.

Antara selebriti yang berjaya menghidupkan suasana ialah Aisha Retno, Haqiem Rusli, Marsha Milan dan Ameng menerusi rangkaian lagu hits masing-masing yang menghiburkan penonton sehingga ke penghujung acara.

Turut hadir Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Mukah, Datuk Hanifah Hajar Taib.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi dan ADUN Tellian, Royston Valentine.

Dalam pada itu, kemeriahan pesta tersebut turut menyaksikan Mukah dinobatkan sebagai johan bagi Kategori Daerah dan Daerah Kecil dalam Pertandingan Gerai Komuniti sempena Kaul Mukah 2026.

Kemenangan itu membolehkan Daerah Mukah membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM2,000, termasuk sumbangan tambahan RM500 yang disampaikan sendiri oleh Datuk Hanifah.

Secara keseluruhan, pertandingan tersebut mendapat sambutan amat memberangsangkan dengan penglibatan 36 lot gerai yang mempertaruhkan kreativiti serta keunikan dekorasi masing-masing.

Sebanyak lapan penyertaan diterima bagi kategori daerah dan daerah kecil, manakala kategori JKKK dan Persatuan merekodkan sebanyak 23 penyertaan.

Related Posts

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan keputusan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) gabungan itu menarik diri daripada pentadbiran Kerajaan Negeri susulan pendirian menolak pindaan Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

IPOH – Kerajaan Perpaduan yang diterajui Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di Perak akan terus kekal sehingga Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, meskipun timbul spekulasi susulan perkembangan politik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam