89 65 66 32 80 101 114 100 97 110 97 32 77 101 110 116 101 114 105 44 32 68 97 116 111 39 32 83 101 114 105 32 65 110 119 97 114 32 73 98 114 97 104 105 109 32 109 101 108 97 119 97 116 32 107 101 32 83 101 107 111 108 97 104 32 77 101 110 101 110 103 97 104 32 83 97 105 110 115 32 65 108 97 109 32 83 104 97 104 32 100 105 32 80 117 116 114 97 106 97 121 97 46 32 52 32 77 101 105 32 50 48 50 54 46 32 83 72 65 72 78 65 90 32 70 65 90 76 73 69 47 80 101 106 97 98 97 116 32 80 101 114 100 97 110 97 32 77 101 1
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalurkan sumbangan RM100,000 kepada pasukan Alam Shah Wind Orchestra (ASWO) sebagai sokongan bagi persediaan mereka menyertai World Music Contest 2026 di Kerkrade, Belanda pada 30 Julai ini.
Beliau berkata, sumbangan berkenaan bertujuan membantu menampung kos persediaan serta perjalanan 46 pelajar Tingkatan Dua hingga Empat Sekolah Sultan Alam Shah yang akan mewakili negara ke pentas antarabangsa.
“Keupayaan anak-anak ini untuk melangkah berani membawa bakat ke pentas dunia adalah cerminan kekuatan negara kita.
“Ia tidak hanya terukur pada angka dan pembangunan fizikal, tetapi juga pada keupayaan membina keyakinan, mendewasakan jiwa dan membentuk jati diri anak bangsa.
“Semoga ikhtiar ini terus menyemarakkan semangat mereka untuk mencipta kejayaan di sana,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata, sumbangan itu disampaikan ketika beliau mengadakan lawatan ke Sekolah Sultan Alam Shah petang tadi bagi meninjau keadaan infrastruktur sekolah serta bertemu pasukan ASWO.
Beliau turut menzahirkan harapan agar pasukan berkenaan berjaya dan seterusnya mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.



