Penyelewengan projek Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani akan didedahkan – Saifuddin

BANDAR BAHARU – Maklumat berkaitan isu pembinaan Projek Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani bernilai RM75 juta termasuk kemungkinan berlakunya penyelewengan akan didedahkan apabila tiba masanya kelak.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan sedang dilakukan pihak berkuasa berhubung projek terbabit yang diumumkan pada 2022, sebelum sebarang tindakan lanjut diambil ke atas pihak berkaitan.

“Saya difahamkan ada pihak yang sudah membuat laporan, kalau betul ada (penyelewengan), saya serah pada autoriti berkenaan.

“Pada peringkat ini saya tak mahu beri sebarang komen, walaupun hakikatnya saya ada banyak maklumat berkaitan, tetapi saya pilih tidak bercakap dulu.

“Kadang-kadang apa yang saya cakap akan diberi tafsiran wujudnya motif politik dan sebagainya, jadi biar proses siasatan dilakukan dahulu,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Sentuhan Budi Mangsa Ribut Bandar Baharu di sini, hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi AMANAH Kedah mencabar Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan audit ke atas Projek Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani.

Ia bagi memastikan tidak berlakunya penyelewengan selepas wujud dakwaan berlakunya ketirisan dalam projek terbabit apabila RM10 juta dikatakan sudah dibelanjakan bagi kerja penyediaan tapak sebelum ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, Sanusi tidak boleh mengelak daripada memikul tanggungjawab apabila mengumumkan projek terbabit secara besar-besaran pada 2022.

Katanya, terdapat perbezaan apabila projek berkenaan diumumkan ketika beliau mentadbir negeri dan mempunyai tanggungjawab di atas setiap pengumuman yang dibuat.

“Saya tahu apa yang tersurat dan tersirat di sebalik projek berkenaan. Sampai masanya saya akan sebut beberapa maklumat menarik di sebalik projek demikian.

“Cuma yang nak saya sebut bahawa, tak sama masa jadi pembangkang berucap dan diberi tanggungjawab sebagai kerajaan yang bercakap. Apabila jadi kerajaan, kita ada tanggungjawab dan pertangungjawaban.

“Kalau sudah umum, bukan satu, bukan dua, bahkan tujuh ke lapan projek… jadi rakyat akan mula melihat setelah sekian lama tak akan satu pun tak siap, takkan semua orang salah,” katanya.

Related Posts

Anwar doakan Siti Zailah segera sembuh selepas kemalangan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff segera diberikan kesembuhan selepas cedera dalam kemalangan di Kilometer 7, Lebuh Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prasarana asas desa dinaik taraf, pemangkin pembangunan luar bandar

KUCHING – Residen Bahagian Sri Aman, Mahra Salleh menyambut baik tumpuan kerajaan persekutuan terhadap agenda pembangunan menerusi pembentangan belanjawan 2027 baru-baru ini khususnya peruntukan yang memberi manfaat kepada Sarawak dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar doakan Siti Zailah segera sembuh selepas kemalangan

Anwar doakan Siti Zailah segera sembuh selepas kemalangan

Prasarana asas desa dinaik taraf, pemangkin pembangunan luar bandar

Prasarana asas desa dinaik taraf, pemangkin pembangunan luar bandar

Belanjawan 2027: Pekerja gig harap pendapatan, kebajikan lebih terjamin

Belanjawan 2027: Pekerja gig harap pendapatan, kebajikan lebih terjamin

Penduduk Ulu Mentawai kini nikmati akses jalan darat

Penduduk Ulu Mentawai kini nikmati akses jalan darat

Program SYStartUP buka ruang belia bina potensi keusahawanan

Program SYStartUP buka ruang belia bina potensi keusahawanan

Kebajikan, kesihatan warga emas perlu terus diberi keutamaan

Kebajikan, kesihatan warga emas perlu terus diberi keutamaan