Gol Gyokeres bantu Arsenal kembali kuasai EPL

VIKTOR Gyokeres dan Bukayo Saka membantu Arsenal membelasah Fulham 3-0 untuk terus mengukuhkan cengkaman di puncak Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.

Skuad kendalian Mikel Arteta itu meledak tiga gol pada babak pertama di Stadium Emirates bagi mencatat kemenangan liga kedua berturut-turut.

Gyokeres membuka tirai jaringan sebelum Saka menggandakan kelebihan Arsenal dan penyerang Sweden itu menambah gol kedua peribadi tepat sebelum rehat.

Kemenangan itu meletakkan Arsenal enam mata di depan pasukan tangga kedua Manchester City.

City masih beraksi kurang dua perlawanan termasuk aksi menentang Everton awal pagi Selasa ini, namun persembahan dominan Arsenal meletakkan tekanan besar ke atas skuad Pep Guardiola.

Jika City menang kedua-dua baki perlawanan berkenaan, mereka akan terikat mata dengan Arsenal dan perbezaan jaringan akan menjadi penentu.

Arsenal kini memiliki kelebihan jaringan +41 dengan baki tiga perlawanan, manakala City berada pada +37 dengan berbaki lima aksi.

Sering dikritik kerana menang tanpa aksi meyakinkan musim ini, Arsenal akhirnya mempamerkan corak permainan lancar yang menjadi identiti pasukan pencabar kejuaraan.

Lebih penting, Saka kembali dalam kesebelasan utama buat kali pertama sejak 22 Mac lalu selepas pulih daripada kecederaan tumit.

Pemain sayap England itu sebelum ini hanya beraksi sebagai pemain gantian minggu lalu, namun segera membuktikan kepentingannya selepas Arsenal tewas tiga kali ketika dia diketepikan dalam lima perlawanan.

Arsenal sebelum ini dilihat bergelut selepas beberapa keputusan buruk termasuk kekalahan kepada City dan Bournemouth yang menyebabkan kelebihan mereka di puncak hampir lenyap.

Kemenangan tipis 1-0 ke atas Newcastle minggu lalu juga tidak begitu meyakinkan, sekali gus mendorong Arteta menggesa pemainnya mengawal emosi dalam perebutan kejuaraan yang semakin mendebarkan.

Buat sementara waktu, Arsenal kini boleh menarik nafas lega sambil menanti aksi City di Stadium Hill Dickinson.

Arsenal selepas ini akan kembali memberi fokus kepada aksi separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Atletico Madrid yang terikat 1-1 menjelang aksi timbal balik di London, awal pagi Rabu ini.

The Gunners tidak pernah tewas di laman sendiri kepada Fulham dalam 33 pertemuan liga dan rekod itu jelas tidak tergugat sejak awal permainan.

Related Posts

Adeola hadiah emas pertama Malaysia di Sukan Asia Aichi-Nagoya

KOTA KINABALU – Atlet karate negara kelahiran Tambunan, Sabah, Adeola Fay Robert, mencipta sejarah apabila menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun, hari ini. Atlet…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Skuad United dalam keadaan terlalu lemah

LEGENDA Manchester United, Wayne Rooney menyifatkan skuad The Red Devils ketika ini terlalu lemah selepas kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mengharungi permulaan musim yang mengecewakan. Rooney berpendapat, pengurusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar