UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

KUALA LUMPUR – UMNO perlu memperkukuh peranan dan hala tujunya bagi tempoh dua dekad akan datang dengan memberi tumpuan kepada pembangunan holistik merangkumi aspek agama, politik, ilmu serta jati diri Melayu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti perlu bergerak dengan kerangka lebih kukuh menjelang ulang tahun ke-100 UMNO, dengan fokus bukan sekadar kemenangan pilihan raya, tetapi pembinaan legasi jangka panjang untuk generasi akan datang.

“Ingin saya hasratkan agar UMNO dalam dua dasawarsa ini untuk pertama, memperkasa dakwah bagi memelihara akidah, menegakkan syariah dan memuliakan akhlak.

“Kedua, menjadi induk kestabilan politik negara. Ketiga, menjadi talent factory (kilang bakat) yang melahirkan cendekiawan, pakar pelbagai bidang dan intelektual berkemahiran yang menguasai teknologi masa depan.

“Keempat, menyatukan fikrah kepimpinan bangsa Melayu. Kelima, menyuburkan budaya ilmu dan tafaqquh untuk merencana dasar dan membentuk kefahaman umat,” katanya ketika penggulungan Konvensyen UMNO sempena Ulang Tahun Ke-80 parti itu di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata, pengalaman panjang UMNO melalui pelbagai cabaran perlu dijadikan asas untuk memperkukuh parti pada masa hadapan.

Menurutnya, gerak kerja parti perlu diperkemas bagi melahirkan generasi pewaris yang lebih bersedia menghadapi cabaran semasa.

“Semua ini bukan berkisar tentang memenangkan pilihan raya semata-mata, tetapi untuk melahirkan pewaris bangsa yang penuh roh dan jiwa kemelayuannya.

“Kejayaan sesebuah perjuangan tidak hanya diukur pada kekuatan institusi, tetapi kualiti manusia yang dibentuk untuk membina agama, bangsa dan negara.

“Menjelang ulang tahun UMNO ke-100 nanti, mungkin saya tiada lagi di dunia ini. Namun saya mengimpikan Melayu yang tidak luntur jiwa keislamannya. Benar-benar memahami rukun agama, tidak terpisah dari jasad dan rohnya.

“Saya mengimpikan anak-anak Melayu yang kental jati dirinya, yang menjaga maruah, yang tinggi adab dan mulia akhlaknya. Saya mengimpikan Melayu yang menjadi inventor, mencipta idea, mencipta nilai dan memangkin kemajuan nusa dan bangsa,” katanya.

Ahmad Zahid turut mengharapkan perpaduan Melayu terus diperkukuh serta menjadi tunjang kepada negara majmuk.

“Inilah generasi Melayu yang kita semua dambakan berakar pada iman, berakal dalam tindakan, berdaya dalam ciptaan, berjiwa besar dalam perjuangan dan bersatu dalam kepimpinan,” katanya.

Related Posts

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

KANGAR – Kebun buah-buahan, rumah kediaman dan stor dijadikan lokasi menyimpan senjata api serta peluru milik satu sindiket yang dipercayai aktif di utara Semenanjung sejak 2019. Ketua Polis Perlis, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman