Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

MUKAH – Penganjuran pesta Kaul Mukah perlu diteruskan sebagai platform penting bagi memperkukuh perpaduan masyarakat berbilang kaum di Sarawak, selain menjadi pemangkin kepada pembangunan sektor pelancongan negeri.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Awang Tengah Ali Hasan berkata, acara tahunan itu bukan sahaja menonjolkan warisan budaya masyarakat Melanau, malah bertindak sebagai medium mempromosikan kepelbagaian makanan, fesyen dan kraf tangan tempatan.

Menurutnya, Sarawak sudah lama dikenali sebagai wilayah yang kaya dengan keunikan latar belakang masyarakat yang hidup dalam suasana harmoni meskipun berbeza kepercayaan.

“Walaupun kita mempunyai pelbagai kaum, keturunan, agama dan budaya yang berbeza, kita bersyukur kerana dalam kepelbagaian ini kita tetap bersatu hati dan bekerjasama antara satu sama lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Premier Sarawak pada Majlis Perasmian Kaul dan Karnival Kaul 2026 di Tapak Pesta Kaul pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Awang Tengah menegaskan bahawa perbezaan sosiobudaya di Sarawak bukanlah satu liabiliti atau masalah, sebaliknya ia merupakan sumber kekuatan utama bagi kestabilan di negeri tersebut.

Ujarnya, keharmonian itu boleh diibaratkan seperti sebuah taman yang dipenuhi pelbagai jenis bunga berwarna-warni yang menjadikan pemandangan lebih indah.

Beliau turut mengimbau kiasan bekas Yang di-Pertua Negeri, Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud yang pernah menyifatkan Sarawak seperti aliran air daripada pelbagai anak sungai yang akhirnya bertemu di muara yang sama.

“Walaupun air dari setiap sungai mempunyai warna berbeza seperti jernih, warna teh atau kopi, semuanya akhirnya bertemu di laut dan menjadi satu,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berharap agar Kaul Mukah terus menjadi jambatan penghubung bagi merapatkan nilai budaya serta mengukuhkan identiti masyarakat setempat untuk generasi akan datang.

Tambahnya, acara berkenaan mempunyai potensi besar untuk diangkat sebagai antara produk pelancongan utama yang mampu menarik lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa ke Mukah.

Terdahulu, Awang Tengah turut meluangkan masa melawat gerai-gerai komuniti yang mempamerkan pelbagai elemen budaya termasuk pakaian tradisional, kraf tangan dan batik Malaysia sebelum menerima cenderamata daripada penganjur sebagai tanda penghargaan.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit