Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

SELARAS dengan keadaan semasa geopolitik dunia dan krisis di Asia Barat, Kerajaan MADANI berani mengambil pendekatan perlu dan kritikal iaitu menyelaraskan semula perbelanjaan kerajaan.

Penyelarasan ini sebenarnya sederhana, tetapi sengaja diputarbelitkan sebagai doktrin kritikan oleh pembangkang agar rakyat mengecam kerajaan.

Tindakan penyelarasan dilakukan bukan secara membuta tuli, jauh sekali pengabaian terhadap rakyat. Itu fakta.

Ianya adalah penyusunan semula keutamaan, memisahkan antara yang perlu dipertahankan dan apa yang boleh ditangguhkan.

Perkhidmatan asas seperti kesihatan, pendidikan dan keselamatan kekal berjalan seperti biasa. Yang diperketatkan hanyalah perkara-perkara yang tidak kritikal seperti acara boleh tangguh, lawatan luar negara, utiliti, dan pengisian jawatan yang belum mendesak. Faham tak?

Ini bukan austerity, pengurusan krisis negara sememangnya begini. Mengurus negara tidak sama seperti mengurus perbelanjaan isi rumah. Keduanya terlalu berbeza.

Dalam pengurusan ekonomi makro, kerajaan mengurus imbangan antara keperluan semasa dan kelangsungan masa depan. Dalam keadaan tekanan fiskal dan ketidaktentuan global, ruang untuk berbelanja mesti dicipta, bukan diandaikan sentiasa ada.

Di sinilah pendekatan kerajaan di bawah pimpinan PMX, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi signifikan.

Ironinya, media negara jiran termasuk media di Indonesia melihat langkah-langkah fiskal yang diambil oleh PMX termasuk penyasaran subsidi bahan api sebagai satu keputusan yang berani dan berasas serta bertepatan dengan suhu ekonomi dunia pada hari ini.

Berbalik kepada penyelarasan perbelanjaan, ringkasnya penyelarasan perbelanjaan mengaris tebalkan tiga langkah strategik iaitu:

I. Perbelanjaan teras dilindungi, kerana di situlah terletaknya kepercayaan rakyat.

II. Perbelanjaan tidak kritikal mesti fleksibel, kerana di situlah ruang fiskal boleh dibina.

III. Bantuan seperti subsidi mesti disasar, kerana keadilan ekonomi bukan bermaksud semua menerima, tetapi tidak meminggirkan mereka yang memerlukan.

Maka, sebaiknya langkah penyelarasan ini difahami strukturnya, Kerajaan MADANI berani membuat keputusan yang tepat dan perlu demi kepentingan pertiwi dan rakyat jua.

Asas kewangan negara ini kukuh dan diperkukuhkan untuk kepentingan negara bagi jangka masa panjang.

*Suwadi Guliling ialah Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM)

Related Posts

Abdul Azeez direman sebelum hadapi pertuduhan rasuah

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim akan menghadapi prosiding reman berasingan sebelum menghadapi pertuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen 2, pada Rabu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TPM Fadillah zahir takziah nahas helikopter di Long Lellang

TPM Fadillah zahir takziah nahas helikopter di Long Lellang

Yang di-Pertua Negeri Sarawak zahir dukacita nahas helikopter perkhidmatan doktor udara

Yang di-Pertua Negeri Sarawak zahir dukacita nahas helikopter perkhidmatan doktor udara

Abdul Azeez direman sebelum hadapi pertuduhan rasuah

Abdul Azeez direman sebelum hadapi pertuduhan rasuah

2 maut kereta terbabas langgar pokok

2 maut kereta terbabas langgar pokok

Dua gol Haaland pastikan City atasi Porto

Dua gol Haaland pastikan City atasi Porto

Selangor jamin pusat data tidak jejas bekalan air, elektrik rakyat

Selangor jamin pusat data tidak jejas bekalan air, elektrik rakyat