Masjid Lesung Batu dijangka siap Ogos, tampung keperluan komuniti

ALOR GAJAH – Pembinaan Masjid Lesung Batu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya kini giat dijalankan dan dijangka menjadi kemudahan penting kepada penduduk setempat apabila siap sepenuhnya kelak.

Projek pembinaan masjid itu merupakan antara janji ADUN Machap Jaya dalam usaha memperkukuh kemudahan ibadah serta kesejahteraan komuniti di kawasan berkenaan.

Masjid berkenaan dibina dengan kos kira-kira RM6 juta dan kerja pembinaan telah bermula sejak 6 Mei 2024, dengan jangkaan siap sepenuhnya pada pertengahan Ogos 2026.

Tinjauan mendapati struktur utama masjid termasuk menara telah mula terbina, manakala pembinaan kubah masih dalam proses.

Seorang penduduk, A. Rahim Abu Bakar berkata, beliau bersama penduduk lain tidak sabar menantikan siapnya masjid tersebut bagi membolehkan mereka menunaikan ibadah dengan lebih selesa.

Menurutnya, masjid baharu itu amat dinanti-nantikan memandangkan pertambahan penduduk di kawasan Lesung Batu yang semakin pesat.

Kawasan Lesung Batu kini dalam perancangan sebagai bandar satelit dengan pembangunan projek perumahan melibatkan sebanyak 3,242 unit rumah yang akan dilaksanakan dalam tiga fasa.

Selain itu, terdapat lima kawasan perumahan sedia ada yang telahpun didiami, sekali gus meningkatkan keperluan terhadap kemudahan seperti masjid bagi menampung keperluan komuniti setempat.

Dengan perkembangan tersebut, Masjid Lesung Batu dilihat bakal memainkan peranan penting sebagai pusat ibadah dan komuniti, sekali gus menjadi simbol pembangunan pesat di DUN Machap Jaya.

Related Posts

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan meluluskan peruntukan hampir RM4.3 juta bagi menangani keperluan mendesak di tiga hospital daerah di Sabah bagi memastikan kemudahan kesihatan sentiasa berada dalam tahap yang baik. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

KOTA SAMARAHAN – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menyambut baik usaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) membangunkan kerangka perundangan pendidikan tinggi yang baharu menerusi Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035. UNIMAS dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

  • By Fatin
  • August 17, 2026
Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

Polis Pahang nafi lindungi kartel dadah Genting Highlands

Polis Pahang nafi lindungi kartel dadah Genting Highlands

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara