Sabah tingkat usaha baiki lampu jalan, terima peruntukan RM17.9 juta

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah terus memperkukuh jalinan kerjasama strategik dengan Kerajaan Persekutuan bagi menangani isu lampu jalan yang tidak berfungsi di seluruh negeri, khususnya melibatkan jalan-jalan persekutuan.

Menurut Pembantu Menteri Kerja Raya dan Utiliti (KKRU), Datuk Limus Jury berkata, bagi tahun 2026, peruntukan telah ditingkatkan kepada RM17.9 juta berbanding tahun sebelumnya.

“Tahun 2024 dan 2025, sejumlah RM8 juta setahun telah diperuntukkan dan dibelanjakan bagi kerja-kerja penyelenggaraan serta pembaikan lampu jalan di seluruh Sabah.

“Ini menunjukkan berterusan kerajaan amat serius dalam menangani isu lampu jalan tidak berfungsi,” katanya semasa berucap dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang ke-17, di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, Limus berkata, kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan dilaksanakan secara berperingkat dan berfokus.

“Dengan keutamaan diberikan kepada kawasan berisiko kemalangan, lokasi gelap yang menjejaskan penglihatan pengguna dan aduan awam yang telah diperiksa dan disahkan,” katanya.

Jelasnya, lampu-lampu jalan persekutuan merupakan milik Kerajaan Persekutuan dan penyelenggaraan adalah dibiayai sepenuhnya melalui Persekutuan, peruntukan Persekutuan.

“Isu penggunaan kos oleh kerajaan negeri adalah tidak berbangkit. Walau bagaimanapun, kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan akan terus diperkukuhkan bagi memastikan penyelarasan pelaksanaan yang tidak berkesan,” tegasnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kementerian akan terus memohon peruntukan tambahan dari masa ke semasa bagi memastikan keberkesanan tahap perkhidmatan dan keselamatan pengguna jalan raya.

Selain itu, mengulas berkenaan soalan tambahan daripada ADUN Sri Tanjong, Justin Wong Yung Bin, berkenaan Tawau yang memerlukan peruntukan lebih besar selenggara 2,000 lampu jalan, Limus berkata, ini peruntukan tertakluk kepada kerosakan-kerosakan di kawasan tersebut.

“Pihak kementerian saya juga telah bersedia untuk memeriksa lampu-lampu jalan di kawasan Seri Tanjong.

“Bukan di Seri Tanjong sahaja tetapi seluruh Sabah. Sekiranya memerlukan peruntukan, kita akan memohon peruntukan tambahan daripada Kerajaan Persekutuan melalui Kerajaan Negeri Sabah,” ujarnya.

Tambahnya, bagi jangka panjang, kerajaan akan menambah baik perlindungan kabel, meningkatkan rondaan serta pemantauan, dan melaksanakan reka bentuk sistem bagi mengurangkan risiko kecurian.

“Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan aspek keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya terus terpelihara agar laluan tersebut sentiasa terang dan selamat digunakan terutama pada waktu malam,” katanya.

Related Posts

Pembukaan SA Mart di Mahkota Square bantu perluas pasaran produk IKS

KUANTAN – SA Mart Mahkota Square dekat sini, menjadi cawangan pertama SA Mart yang dibuka di negeri Pahang, sekali gus berperanan sebagai platform menghimpunkan produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Status tapak Tabika KEMAS Sungai Assan perlu diselesaikan segera

SIBU – Isu status tapak Tabika KEMAS Sungai Assan perlu diselesaikan terlebih dahulu bagi membolehkan sebarang perancangan pembangunan dan kerja membaik pulih dilaksanakan pada masa hadapan. Timbalan Menteri Kemajuan Desa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembukaan SA Mart di Mahkota Square bantu perluas pasaran produk IKS

Pembukaan SA Mart di Mahkota Square bantu perluas pasaran produk IKS

Status tapak Tabika KEMAS Sungai Assan perlu diselesaikan segera

Status tapak Tabika KEMAS Sungai Assan perlu diselesaikan segera

Reaksi bercampur di Terengganu susulan keputusan tamat kerjasama Bersatu-Pas

Reaksi bercampur di Terengganu susulan keputusan tamat kerjasama Bersatu-Pas

Letupan luar jangka tutup Jalan Kota Bharu-Gua Musang, laluan dibuka semula hari ini

Letupan luar jangka tutup Jalan Kota Bharu-Gua Musang, laluan dibuka semula hari ini

Polis buru suspek bantu siasatan kes tetak di Sundar

Polis buru suspek bantu siasatan kes tetak di Sundar

Struktur haram di Sungai Makau dibina tanpa kelulusan MPKj

Struktur haram di Sungai Makau dibina tanpa kelulusan MPKj