Peruntukan disalur selesai isu penyaman udara Klinik Kesihatan Bandaraya Miri

MIRI – Isu kerosakan berulang sistem penyaman udara di Klinik Kesihatan Bandaraya Miri di sini mendapat perhatian serius selepas beberapa siri tinjauan dilakukan bagi menilai sendiri keadaan di lapangan.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Chiew Choon Man berkata, hasil tinjauan dan maklum balas mendapati keadaan di dalam klinik sering panas, sesak dan kurang selesa berikutan gangguan sistem penyejukan udara tersebut.

Menurutnya, situasi berkenaan sangat menjejaskan keselesaan pesakit yang menunggu untuk menerima rawatan khususnya warga emas, kanak-kanak dan wanita hamil.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Miri berkata, walaupun langkah sementara seperti penggunaan alat penyejuk mudah alih telah dilaksanakan, ia masih belum mencukupi untuk menampung keperluan.

“Kerosakan yang berlaku bukan bersifat sekali-sekala, sebaliknya menunjukkan masalah sistemik pada sistem penyaman udara sedia ada yang sering terganggu walaupun sudah beberapa kali dibaiki.

“Keadaan ini secara langsung turut memberi kesan kepada kelancaran perkhidmatan serta keselesaan petugas barisan hadapan kita,” katanya.

Susulan itu, Choon Man menjelaskan, berdasarkan keperluan yang dikenal pasti oleh pihak kesihatan, satu peruntukan telah pun disalurkan menerusi Projek Mesra Rakyat bagi kerja-kerja menaik taraf sistem penyaman udara di klinik berkenaan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa skop kerja, spesifikasi teknikal serta kos sebenar kemudahan itu masih dalam proses penilaian dan semakan oleh pihak berkaitan.

“Pelaksanaan projek ini perlu dimuktamadkan terlebih dahulu mengikut prosedur kerajaan yang telah ditetapkan.

“Namun, kita komited untuk memastikan projek naik taraf ini dapat dilaksanakan secepat mungkin bagi menyediakan persekitaran rawatan yang lebih selesa, bersih dan kondusif kepada pesakit serta petugas kesihatan di Miri,” tegasnya.

Related Posts

90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

PAPAR – Sebanyak 90 unit tukun tiruan dilabuhkan di perairan ini, bagi menyediakan habitat hidupan laut dan mewujudkan kawasan tangkapan yang lebih produktif untuk nelayan setempat. Ahli Parlimen Papar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
CIS digesa tetap garis masa pulih bekalan simen di Sabah

KOTA KINABALU – Cement Industries Sabah (CIS) digesa menetapkan garis masa yang jelas bagi memulihkan bekalan simen di seluruh Sabah susulan kekurangan bahan itu yang terus menjejaskan projek pembinaan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar