Pahang sambut baik keputusan teruskan SUKMA 2026 Selangor

KEPUTUSAN meneruskan Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Selangor tahun ini adalah hasil persetujuan semua pihak dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Tertinggi SUKMA 2026 dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan, Dr Muhammad Taufiq Johari, hari ini.

Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata, hasil mesyuarat itu juga bersetuju kos bagi penganjuran SUKMA edisi 2026 dikurangkan sebagai menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Mungkin perbelanjaan bagi acara perasmian dan penutupan dikurangkan atau mungkin ditiadakan terus… perkara itu pihak penganjur iaitu Kerajaan Selangor akan putuskan.

“Apa pun, seperti dipersetujui dalam mesyuarat secara dalam talian yang disertai semua Exco Sukan dari seluruh negara bersetuju untuk meneruskan SUKMA dengan perbelanjaan lebih berhemah,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Naik Taraf Stadium Hoki Indera Mahkota, di sini, hari ini.

Terdahulu, Exco Belia dan Sukan Selangor, Mohd Najwan Halimi dilaporkan berkata, SUKMA 2026 diteruskan dengan pelaksanaan langkah penjimatan sehingga 50 peratus susulan ketidaktentuan ekonomi global dan keperluan mengoptimumkan perbelanjaan.

“Kerajaan negeri selaku tuan rumah menjangkakan kos penganjuran SUKMA akan dikurangkan hampir separuh daripada anggaran asal RM100 juta kepada sekitar RM40 juta hingga RM50 juta.

“Keputusan itu dicapai selepas perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri, selain mendapat perkenan Sultan Sharafuddin bagi memastikan temasya sukan dwitahunan itu terus menjadi platform pembangunan atlet negara,” kata Mohd Najwan.

Sementara itu, Fadzli memaklumkan, temasya SUKMA sangat penting dalam memastikan usaha pembangunan atlet muda dapat diteruskan sebagai persiapan untuk mereka menyertai kejohanan lebih besar.

“Lagi pun atlet kita sudah berlatih hampir dua tahun, jadi mereka perlukan platform seperti SUKMA untuk menunjukkan hasil daripada latihan mereka jalani,” katanya.

Related Posts

Bonnie raih pingat pertama negara Sukan Komanwel

JAGUH powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin menghadiahkan pingat pertama iaitu gangsa buat Malaysia pada Sukan Komanwel Glasgow 2026 selepas meraih gangsa dalam acara powerlifting di SEC Armadillo, Glasgow, malam tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

DATUK Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada petarung muay thai negara Ahmad Nor Iman Aliff Rakib atau lebih dikenali sebagai Aliff Rakib atas kejayaan melakar sejarah sebagai rakyat Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan jadikan isu institusi diraja sebagai modal kempen pilihan raya – Penganalisis

Jangan jadikan isu institusi diraja sebagai modal kempen pilihan raya – Penganalisis

Bonnie raih pingat pertama negara Sukan Komanwel

Bonnie raih pingat pertama negara Sukan Komanwel

Anwar lulus RM2 juta bantu pendidikan anak India Muslim, tekan penguasaan AI dan teknologi

Anwar lulus RM2 juta bantu pendidikan anak India Muslim, tekan penguasaan AI dan teknologi

Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama