MoT mula kongsi kereta, guna penerbangan kelas ekonomi untuk berjimat

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan (MoT) telah mengambil pendekatan berkongsi kereta dan menggunakan penerbangan kelas ekonomi sebagai langkah dalam berjimat cermat.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, langkah itu yang dilakukan secara sukarela itu antara pendekatan kakitangan kementeriannya, seiring dengan arahan penjimatan kerajaan bagi mengurangkan perbelanjaan operasi.

Katanya, MoT juga berbelanja dengan penuh berhemah dalam pelbagai penganjuran program selain lawatan ke luar negara turut dikurangkan agar penjimatan secara holistik dapat dilaksanakan.

“Memang bukan semalam saja tapi bila krisis ini mula berlaku, Kabinet telah pun memutuskan dan mengarahkan semua Kementerian ambil langkah berjimat cermat. Jadi sudah tentu kos utiliti, kos pengangkutan, kita cuba kawal dengan rapi.

“Malah pegawai pegawai MoT secara sukarela semua perjalanan mereka menggunakan cara carpool (kongsi kereta), kelas ekonomi dalam penerbangan dan sebagainya.

“Jadi semua itu kita cuba untuk menjimatkan perbelanjaan dari segi kos operasi. Ini memang sesuatu yang perlu dilaksanaan oleh semua kementerian untuk memastikan apa yang dihasratkan oleh kerajaan dapat direalisasikan,” katanya selepas menghadiri Readers Forum on the English Edition of Xi Jinping: The Governance of China, Volume V, pada Khamis.

Hadir sama, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul dan Duta China ke Malaysia, Ouyang Yujing.

Semalam, Kementerian Kewangan (MoF) dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa panduan dikeluarkan kepada kementerian, jabatan dan agensi untuk menyusun semula keutamaan perbelanjaan mengurus selaras dengan cabaran krisis bekalan global serta tanggungan subsidi yang meningkat.

Langkah itu, menurut MoF adalah sebahagian daripada pendekatan pengurusan fiskal yang berhemat bagi mengoptimumkan sumber kerajaan supaya dapat mengekalkan sokongan kepada rakyat secara berterusan.

Related Posts

TH raih dua anugerah berprestij pengurusan hartanah

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) terus memperkukuh reputasinya dalam pengurusan aset apabila dua hartanah ikonik miliknya, Menara TH Tun Razak dan Menara Bank Islam, meraih pengiktirafan berprestij pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Integriti, akauntabiliti dalam tadbir urus institusi agama diperkukuh

PUTRAJAYA – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bertekad memperkukuh tadbir urus institusi agama berteraskan integriti, akauntabiliti dan kesejahteraan rakyat selaras dengan titah Sultan Nazrin Shah agar negara Islam mengamalkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tok Mat sangkal dakwaan Hamzah, tidak wujud gabungan Perikatan Barisan Nasional

Tok Mat sangkal dakwaan Hamzah, tidak wujud gabungan Perikatan Barisan Nasional

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan

Harga minyak dunia lepasi AS$100 setong

Harga minyak dunia lepasi AS$100 setong

‘Ibarat bercakap dengan batu’, penduduk kecewa tuntutan bina Hospital Gemas diabaikan Ridzuan 

‘Ibarat bercakap dengan batu’, penduduk kecewa tuntutan bina Hospital Gemas diabaikan Ridzuan 

Ucapan penyandang DUN Labu cetus polemik, sentuh pewarisan takhta Negeri Sembilan

Ucapan penyandang DUN Labu cetus polemik, sentuh pewarisan takhta Negeri Sembilan

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH