Malaysia gesa tindakan segera lindungi aktivis GSF, termasuk 10 rakyat negara ini

PUTRAJAYA – Malaysia menggesa semua pihak berkaitan mengambil tindakan segera bagi memastikan keselamatan aktivis misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), termasuk 10 rakyat negara ini yang kini ditahan tentera Israel.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan ganas rejim Zionis terhadap misi berkenaan di perairan antarabangsa jelas melanggar undang-undang maritim serta mencemarkan prinsip kemanusiaan sejagat.

“Saya mengutuk tindakan ganas rejim Zionis Israel terhadap misi kemanusiaan GSF di perairan antarabangsa, satu pelanggaran nyata undang-undang maritim dan menyerupai tindakan lanun yang mencemari prinsip kemanusiaan sejagat.

“Malaysia mendesak agar semua pihak bertindak dengan segera dan memastikan tiada sebarang tindakan keras dikenakan terhadap semua para aktivis termasuk 10 rakyat Malaysia yang kini ditahan dan terputus hubungan. Keselamatan mereka mesti dijamin tanpa kompromi.

“Kerajaan MADANI sedang berhubung dan bekerjasama rapat dengan negara-negara sahabat bagi memastikan mereka dibebaskan dengan segera,” katanya menerusi hantaran di platform sosial hari ini.

Dalam perkembangan sama, misi bantuan ke Gaza memaklumkan beberapa kapal mereka dikepung bot tentera Israel ketika berada di perairan antarabangsa.

Penganjur GSF dalam kenyataan di platform X dilaporkan berkata, tindakan itu turut melibatkan ancaman keganasan serta penculikan terhadap peserta misi.

Anwar berkata, dalam situasi genting itu, nilai ihsan dan kemanusiaan perlu mengatasi segala perbezaan, dan Malaysia akan terus berpegang teguh kepada prinsip berkenaan.

“Kepada Allah SWT kita berserah, disulam dengan usaha menyeluruh yang sedang digerakkan, semoga kesemua mereka berada dalam keadaan selamat.

“Doa seluruh rakyat Malaysia mengiringi Global Sumud Flotilla. Hasbunallahu wa ni’mal wakil,” katanya.

Related Posts

Kerajaan teliti penambahbaikan subsidi diesel Sabah, Sarawak

KOTA KINABALU – Kerajaan meneliti penambahbaikan terhadap pelaksanaan subsidi diesel susulan maklum balas daripada pelbagai pihak, khususnya di Sabah dan Sarawak. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar lancar avatar AI, mahu rakyat kongsi aspirasi secara terus di WhatsApp

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperkenalkan avatar kecerdasan buatan (AI) sebagai medium baharu untuk berinteraksi dengan rakyat, sekali gus memperluas ruang komunikasi bagi mendengar pandangan, kebimbangan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hadis Sahih al-Bukhari benteng ajaran sesat, fahaman ekstrem

Hadis Sahih al-Bukhari benteng ajaran sesat, fahaman ekstrem

Sabah perkasa pelbagai inisiatif tangani kes remaja bawah umur

Sabah perkasa pelbagai inisiatif tangani kes remaja bawah umur

Kerajaan teliti penambahbaikan subsidi diesel Sabah, Sarawak

Kerajaan teliti penambahbaikan subsidi diesel Sabah, Sarawak

Anwar lancar avatar AI, mahu rakyat kongsi aspirasi secara terus di WhatsApp

Anwar lancar avatar AI, mahu rakyat kongsi aspirasi secara terus di WhatsApp

Parti pertaruh gabungan pengalaman, muka baharu di PRN Negeri Sembilan

Parti pertaruh gabungan pengalaman, muka baharu di PRN Negeri Sembilan

Kerajaan lulus kuota diesel 300 liter sebulan untuk syarikat kecil, kontraktor tempatan

Kerajaan lulus kuota diesel 300 liter sebulan untuk syarikat kecil, kontraktor tempatan