133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak

SERAMAI 133 bakal haji dari Sarawak bagi penerbangan kumpulan KT041Q mengukir senyuman penuh kesyukuran apabila selamat berangkat ke Tanah Suci pada Khamis. 

Keberangkatan kumpulan ‘Dhuyufurrahman’ atau tetamu Allah ini diraikan dalam satu majlis pelepasan yang disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Dewan Konvensyen Raia Hotel & Convention Centre (RHCC). 

Pada majlis bermula jam 4 petang itu, Tun Dr Wan Junaidi bersama isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi, meluangkan masa beramah mesra bagi mendoakan kesejahteraan dan mengucapkan selamat jalan kepada para jemaah.  

Bagi memastikan kelancaran logistik, pergerakan jemaah telah diatur dengan teliti bermula dengan pelepasan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 7.25 malam. 

Setibanya di sana, para jemaah akan digabungkan bersama bakal haji dari sekitar Lembah Klang sebelum mereka meneruskan perjalanan merentas benua ke Tanah Suci. 

Kumpulan ini dijadualkan menaiki pesawat khas Amal By Malaysia Airlines (MH8094) pada jam 12.05 tengah malam dan dijangka tiba di Madinah pada jam 3.50 pagi waktu Arab Saudi. 

Rombongan yang bertolak ini merupakan sebahagian daripada 986 jemaah haji Sarawak yang terpilih untuk menyahut seruan Rukun Islam kelima pada tahun ini.

 Secara keseluruhannya, Stesen Kuching menguruskan pelepasan seramai 646 jemaah yang dibahagikan kepada lima jadual penerbangan berbeza. 

Untuk makluman, fasa penerbangan pergi ke Tanah Suci bagi musim haji kali ini bermula sejak 18 April lalu dan akan berterusan sehingga 20 Mei 2026, manakala penerbangan membawa pulang jemaah haji ke tanah air pula dijadualkan bermula dari 4 Jun hingga 30 Jun 2026.  

Majlis pelepasan yang penuh bermakna itu turut dihadiri oleh barisan tetamu kehormat termasuk Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Islam, Kemajuan Wilayah dan DBKU), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi; Mufti Sarawak, Sahibus Samahah Datuk Khalidi Ibrahim; serta Ketua Integriti dan Tadbir Urus Lembaga Tabung Haji (TH), Mohd Hasraff Hashim. 

Sebelum berangkat, kesemua jemaah Sarawak dibekalkan dengan ilmu kerohanian dan latihan praktikal menerusi Kursus Asas, Kursus Intensif, dan Kursus Perdana Haji yang dikelolakan oleh pihak TH. 

Dalam pada itu, TH turut menitipkan harapan agar para jemaah dapat memelihara kemabruran ibadah, selain menjadi ‘Duta Haji’ bagi mengajak lebih ramai umat Islam merancang simpanan haji mereka dari awal.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar