MoF teliti mekanisme subsidi diesel bersasar bagi Sabah, Sarawak

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MoF) sedang meneliti pelaksanaan mekanisme subsidi diesel yang lebih bersasar bagi Sabah dan Sarawak, seumpama BUDI95.

Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu masih dalam peringkat penelitian sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

“Ini sedang diteliti untuk pelaksanaan oleh pihak Kementerian Kewangan,” katanya pada Taklimat Krisis Bekalan Global di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, cadangan penyelarasan subsidi diesel antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia masih belum dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet setakat ini.

Pada 28 Mac lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali dilaporkan berkata, cadangan pelaksanaan mekanisme subsidi diesel bersasar akan dibincangkan bersama kerajaan negeri Sabah dan Sarawak sebelum dilaksanakan.

Mengulas situasi pasaran global, Fahmi berkata, kerajaan sentiasa memantau pergerakan harga minyak mentah dunia bagi menentukan langkah susulan berkaitan dasar subsidi bahan api negara, termasuk BUDI95 dan BUDI Diesel.

Beliau berkata, Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) memaklumkan bekalan minyak mentah oleh Petroliam Nasional Bhd (Petronas) berada pada tahap memuaskan bagi Mei dan Jun.

“Pada masa sama, MTEN turut memberi perhatian serius terhadap pergerakan harga global, sama ada minyak mentah atau produk petroleum seperti RON95 dan diesel, susulan perkembangan semasa berkaitan Selat Hormuz yang masih ditutup.

“Oleh itu, beberapa langkah berkaitan BUDI95 dan BUDI Diesel, termasuk BUDI Individu, sedang diselaraskan dan masih dalam penelitian. Fokus utama ketika ini adalah kestabilan bekalan serta impak harga minyak global,” katanya.

Semalam, Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, sekiranya gangguan bekalan berlarutan, pemulihan bekalan minyak mentah dijangka mengambil masa antara tiga hingga 12 bulan, manakala pembaikan infrastruktur minyak dan gas yang rosak memerlukan tempoh lebih panjang.

Beliau berkata, harga purata minyak mentah Brent (spot) di pasaran global menurun sebanyak 6.7 peratus kepada AS$109.94 setong bagi tempoh 20 hingga 24 April 2026, berbanding AS$117.84 setong pada minggu sebelumnya.

Namun, katanya perbandingan harga pada awal dan akhir minggu berkenaan menunjukkan peningkatan sebanyak 6.5 peratus.

Related Posts

Isu sempadan Malaysia-Indonesia hampiri penyelesaian

JAKARTA – Malaysia dan Indonesia mencapai perkembangan positif dalam beberapa isu lama berkaitan sempadan darat dan maritim yang dijangka dibawa ke Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia untuk dimuktamadkan oleh pemimpin kedua-dua negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia, Indonesia perkukuh komitmen tingkatkan perdagangan intra-ASEAN

JAKARTA – Malaysia dan Indonesia menekankan kepentingan memperkukuh perdagangan serta pelaburan dalam kalangan negara anggota ASEAN bagi meningkatkan daya tahan ekonomi serantau berdepan ketidaktentuan ekonomi global. Menteri Luar, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

KKM sokong penuh advokasi DPPM, utamakan pendekatan berperikemanusiaan

KKM sokong penuh advokasi DPPM, utamakan pendekatan berperikemanusiaan

City nafi Haaland minat ke Real Madrid

City nafi Haaland minat ke Real Madrid

Lelaki Rohingya mengaku tidak bersalah sebabkan kematian penunggang motosikal

Lelaki Rohingya mengaku tidak bersalah sebabkan kematian penunggang motosikal

Miliki hampir 20,000 liter diesel tanpa permit, lapan didakwa

Miliki hampir 20,000 liter diesel tanpa permit, lapan didakwa

Isu sempadan Malaysia-Indonesia hampiri penyelesaian

Isu sempadan Malaysia-Indonesia hampiri penyelesaian