Hospital utama Johor Barat terima RM1.8 juta naik taraf infrastruktur

BATU PAHAT – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad meluluskan peruntukan khas berjumlah RM1.8 juta bagi menaik taraf kemudahan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), sekali gus memperkukuh perkhidmatan kesihatan untuk lebih 500,000 penduduk di Johor Barat.

Peruntukan tersebut merangkumi penambahan sebanyak RM800,000 daripada jumlah asal yang dirancang, mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap keperluan semasa fasiliti kesihatan awam, khususnya di kawasan berpenduduk padat.

Menurut beliau, fokus utama Kementerian Kesihatan adalah untuk memastikan kemudahan kesihatan di peringkat akar umbi sentiasa diperkasa dan ditambah baik sejajar dengan pertumbuhan populasi serta peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan kesihatan.

“Peruntukan ini akan digunakan bagi menaiktaraf Balai Pelawat, memperkukuh infrastruktur sedia ada, serta perolehan aset perubatan dan bukan perubatan. Selain itu, kerja-kerja menurap semula jalan di kawasan parkir turut dilaksanakan bagi meningkatkan keselesaan pengunjung,” katanya.

HSNI sebagai hospital rujukan utama di Johor Barat memainkan peranan penting dalam sistem kesihatan negeri, justeru penambahbaikan yang dilaksanakan dijangka mampu meningkatkan kecekapan perkhidmatan serta pengalaman pesakit dan pelawat.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut menegaskan bahawa kerajaan kekal komited memastikan sistem kesihatan negara terus mampan dan berdaya tahan, meskipun dunia berdepan pelbagai cabaran termasuk ketidaktentuan ekonomi global.

Tambahnya, kestabilan pentadbiran dan pengurusan ekonomi yang berkesan membolehkan kerajaan menyalurkan manfaat secara langsung kepada rakyat, khususnya dalam sektor kritikal seperti kesihatan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Johor, barisan kepimpinan tempatan serta pengurusan hospital atas kerjasama erat dalam menjayakan usaha memperkasa perkhidmatan kesihatan demi kesejahteraan rakyat.

Related Posts

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

SUNGAI PETANI – Pekerja sebuah kilang papan di sini gempar apabila menemui satu objek menyerupai bom tangan bersama sekeping nota berbaur ugutan di hadapan pintu masuk pejabat premis tersebut di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan meneruskan agenda pembasmian kemiskinan menerusi Rancangan Selangor Kedua (RS-2) dengan memberi tumpuan kepada usaha mengekalkan pencapaian sifar miskin tegar negeri. EXCO Pembasmian Kemiskinan, V…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

‘InsyaAllah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

‘InsyaAllah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

Adalah satu perkara pelik saya tak boleh tegur isu ‘sakau’ – PMX

Adalah satu perkara pelik saya tak boleh tegur isu ‘sakau’ – PMX

Pembelanjaan pembangunan diunjur RM58 bilion, 70 peratus fokus pembangunan asas

Pembelanjaan pembangunan diunjur RM58 bilion, 70 peratus fokus pembangunan asas