Zahid jumpa Anwar selesaikan krisis politik Negeri Sembilan

CYBERJAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijadualkan berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa bagi membincangkan krisis politik di Negeri Sembilan.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) memaklumkan, perbincangan itu penting bagi meneliti penyelesaian dalam menyelesaikan krisis tersebut secara holistik serta pragmatif.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri itu  enggan mengulas masa dan lokasi pertemuan tersebut.

“Itu sebabnya perbincangan dengan Perdana Menteri penting dan masalah politik perlu selesai guna saluran politik dan bukan kaedah lain,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Sambutan Hari Penguat Kuasa KPDN Ke-54 dan Pelancaran Dasar Pengguna Negara 2.0, pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pengamal media mengenai kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh berhubung usaha membentuk kerajaan tebuk atap.

Tambahnya, pendiriannya kekal konsisten sejak berlaku Langkah Sheraton pada 2020 sehingga kini, iaitu menolak pembentukan kerajaan melalui pendekatan ‘tebuk atap’, serta menegaska  masalah politik harus diselesaikan secara politik.

Terdahulu, Datuk Seri Aminud­din Harun menegaskan beliau akan meneruskan tugas sebagai Menteri Besar selain pentadbiran kerajaan negeri akan berfungsi seperti biasa selaras dengan apa dititahkan Yang di-Pertuan Besar Ne­ge­ri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Dalam konteks ini, Aminuddin telah mempersembahkan kedudukan terkini kepada Tuanku, yang kemudiannya menitahkan supaya pentadbiran negeri diteruskan sehingga terdapat kejelasan muktamad mengenai situasi itu.

Seramai 14 Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan (ADUN) Barisan Nasional (BN) mengumumkan hilang kepercayaan terhadap Aminuddin, sekali gus menarik sokongan terhadap kerajaan negeri sedia ada.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias menyifatkan, keputusan itu dicapai secara sebulat suara oleh kesemua ADUN.

Related Posts

PRN Johor tidak gugat Kerajaan Perpaduan, rakyat perlu terima realiti politik baharu

KOTA TINGGI – Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal berlangsung dalam tempoh terdekat tidak akan menjejaskan kedudukan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan, meskipun keputusan pilihan raya itu berpotensi mengubah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemimpin PH Negeri Sembilan adakan pertemuan, dipercayai bagi bincang pembubaran DUN

Oleh: S.Abdullah dan Don Mikael SEREMBAN – Pemimpin Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan mengadakan satu mesyuarat di Kediaman Rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun di Seremban, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengesahan umur akaun media sosial lindungi keselamatan anak muda – PPIM

Pengesahan umur akaun media sosial lindungi keselamatan anak muda – PPIM

Acuan Imigresen dalam dedahkan kesalahan pegawai perlu dicontohi agensi kerajaan

Acuan Imigresen dalam dedahkan kesalahan pegawai perlu dicontohi agensi kerajaan

Sambutan Hari Gawai cerminkan perpaduan rakyat Sarawak

Sambutan Hari Gawai cerminkan perpaduan rakyat Sarawak

Penunggang motosikal maut selepas terbabas masuk gaung