Maritim Pulau Pinang tahan empat warga Thailand bersama rampasan RM3 juta

GEORGE TOWN – Sebuah bot nelayan tempatan Kelas C ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang semalam, kerana disyaki melanggar syarat sah lesen menangkap ikan.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, bot terbabit dikesan melakukan aktiviti menangkap ikan kurang daripada 12 batu nautika dari pantai susulan aduan awam yang diterima pihaknya.

Menurutnya, bot ronda yang sedang melaksanakan rondaan rutin kemudian digerakkan ke lokasi sebelum berjaya menahan bot berkenaan berhampiran Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Batu Maung kira-kira jam 11.40 malam.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut dikendalikan empat kru termasuk seorang tekong yang kesemuanya warga Thailand berusia antara 51 hingga 58 tahun.

“Bot itu disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen dengan menjalankan aktiviti menangkap ikan di zon yang tidak dibenarkan.

“Kesemua kru bersama bot serta hasil rampasan yang dianggarkan bernilai RM3 juta ditahan dan dibawa ke Jeti Batu Maung sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Maritim Negeri Pulau Pinang untuk tindakan serta siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, Maritim Malaysia memandang serius sebarang pelanggaran undang-undang dan syarat pelesenan, khususnya membabitkan aktiviti perikanan di perairan negara.

“Tindakan penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan bagi memastikan sumber perikanan negara diurus secara mampan selain memelihara keselamatan dan kedaulatan Zon Maritim Malaysia.

“Kita juga menyeru orang awam menyalurkan maklumat atau aduan berkaitan jenayah maritim kepada Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-262 6146 atau MERS,” katanya.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

Maritim Pulau Pinang tahan empat warga Thailand bersama rampasan RM3 juta

Maritim Pulau Pinang tahan empat warga Thailand bersama rampasan RM3 juta

DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal Parlimen

DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal Parlimen

Bapa saya tidak ditahan SPRM – Khairul Azman

Bapa saya tidak ditahan SPRM – Khairul Azman

LKAN bukan sekadar laporan, pacu pembetulan dan tadbir urus sektor awam

LKAN bukan sekadar laporan, pacu pembetulan dan tadbir urus sektor awam