9,000kg makanan haiwan tanpa permit ditahan di ICQS Bukit Kayu Hitam

BUKIT KAYU HITAM – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam menahan sebanyak 9,000 kilogram makanan haiwan yang tidak mempunyai permit sah dalam satu pemeriksaan di Kompleks ICQS di sini.

Penahanan itu dilakukan selepas pemeriksaan fizikal menyeluruh dijalankan ke atas satu konsainan yang diisytiharkan sebagai makanan haiwan (petfood) milik sebuah syarikat.

Hasil pemeriksaan mendapati barangan tersebut merupakan makanan haiwan jenis Monas Ocean Fish Flavour yang gagal mengemukakan permit sah seperti yang ditetapkan.

Kes berkenaan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

Susulan itu, pihak AKPS melaksanakan tindakan sitaan ke atas keseluruhan barangan terbabit.

Jumlah rampasan melibatkan 450 beg makanan haiwan dengan berat keseluruhan 9,000 kilogram dan dianggarkan bernilai RM30,358.80.

Komander AKPS Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Fauzi Mohd Yusof berkata, pihaknya akan terus memperketatkan kawalan serta pemeriksaan di pintu masuk negara.

Menurutnya, langkah itu penting bagi memastikan semua barangan yang dibawa masuk mematuhi peraturan yang berkuat kuasa.

“AKPS tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba membawa masuk barangan tanpa permit sah.

“Tindakan tegas akan diambil bagi memastikan keselamatan biosekuriti negara sentiasa terpelihara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, orang awam serta pengimport diingatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan dan mendapatkan permit sah sebelum membawa masuk sebarang barangan ke dalam negara.

Related Posts

Lelaki dipenjara 10 bulan miliki 600 liter petrol tanpa permit

SEMPORNA – Seorang lelaki dipenjara 10 bulan selepas gagal membayar denda RM15,000 yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Tawau pada Rabu akibat memiliki 600 liter petrol tanpa permit. Ketua Cawangan KPDN…

Lebih lanjut

teruskan membaca
346 sampel sayur dikesan langgar had residu racun perosak sepanjang RMKe-12

KOTA KINABALU – Sebanyak 346 daripada 2,349 sampel sayur-sayuran tanah tinggi dan tanah rendah yang dianalisis sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) didapati melanggar had maksimum residu racun perosak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN perlu jawab isu tadbir urus sebelum dakwa tindakan RoS tekanan politik

PN perlu jawab isu tadbir urus sebelum dakwa tindakan RoS tekanan politik

Lelaki dipenjara 10 bulan miliki 600 liter petrol tanpa permit

  • By Fatin
  • September 24, 2026
Lelaki dipenjara 10 bulan miliki 600 liter petrol tanpa permit

346 sampel sayur dikesan langgar had residu racun perosak sepanjang RMKe-12

346 sampel sayur dikesan langgar had residu racun perosak sepanjang RMKe-12

Kes maut wanita OKU: Bapa dan anak lelaki ditahan reman

Kes maut wanita OKU: Bapa dan anak lelaki ditahan reman

Murid Tahun Empat meninggal dunia selepas digilis lori

Murid Tahun Empat meninggal dunia selepas digilis lori

‘Ketika di atas tunduk, bila di bawah bongkak’ – Peja

‘Ketika di atas tunduk, bila di bawah bongkak’ – Peja