Wan Rosdy optimis BN kekal jadi pilihan utama rakyat Pahang

ROMPIN – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, menzahirkan keyakinan penuh rakyat negeri ini terus memberikan mandat kepada BN untuk menerajui kerajaan negeri.

Keyakinan itu, katanya, bersandarkan kepada rekod prestasi cemerlang dan komitmen berterusan terhadap kebajikan rakyat.

Beliau menegaskan, BN kini menetapkan sasaran meraih 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sekali gus menepis jangkaan pembangkang yang difahamkan mensasarkan 26 kerusi DUN bagi mencabar dominasi kerajaan sedia ada.

“Rakyat Pahang semakin matang dan bijak dalam membuat penilaian politik. Saya percaya sokongan rakyat tidak akan beralih selagi kerajaan negeri terus menunjukkan hasil kerja yang nyata dan memastikan nikmat kemakmuran dapat dirasai oleh semua lapisan masyarakat.

“Realitinya, rakyat akan buat penilaian berdasarkan prestasi. Apabila harga barang meningkat akibat krisis di Timur Tengah, kerajaan negeri tidak berdiam diri, sebaliknya tampil ke hadapan memberikan bantuan bakul makanan kepada mereka yang terjejas. Inilah bukti kita sentiasa peka dengan denyut nadi rakyat,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Penyerahan Kunci Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang Pinggiran Pelangi dan Pelancaran PR1MA Pahang Muadzam Shah, dekat sini, hari ini.

Dalam majlis itu, seramai 102 penerima menerima kunci rumah bagi projek PR1MA yang bernilai RM16.8 juta.

Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang menekankan bahawa penyediaan perumahan mampu milik, dengan harga RM150,000 seunit, adalah sebahagian daripada agenda besar kerajaan negeri untuk memastikan rakyat memiliki kediaman sendiri yang selesa.

Selain fokus kepada perumahan, kerajaan Pahang turut komited memperluaskan jaringan keselamatan sosial melalui pelbagai inisiatif bantuan.

“Banyak lagi projek pembangunan perumahan dan inisiatif kebajikan sedang dalam perancangan bagi memastikan kesejahteraan rakyat Pahang kekal terpelihara pada masa hadapan,” katanya.

Related Posts

Sebuah lagi kapal milik Petronas akan tiba di Melaka pada Ogos, sudah lepasi Selat Hormuz

PORT DICKSON – Sebuah lagi kapal tangki milik Petronas yang diberi kelulusan melalui Selat Hormuz akan tiba di Melaka, awal Ogos ini. Perkara itu disahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program KAWAN JKOM perkukuh penyampaian maklumat kerajaan kepada masyarakat luar bandar

Program KAWAN JKOM perkukuh penyampaian maklumat kerajaan kepada masyarakat luar bandar

Sebuah lagi kapal milik Petronas akan tiba di Melaka pada Ogos, sudah lepasi Selat Hormuz

Sebuah lagi kapal milik Petronas akan tiba di Melaka pada Ogos, sudah lepasi Selat Hormuz

Boleh kritik tapi jangan fitnah saya – PMX

Boleh kritik tapi jangan fitnah saya – PMX

Malaysia kekal RM1.99 walau seluruh dunia naikkan harga minyak

Malaysia kekal RM1.99 walau seluruh dunia naikkan harga minyak

NGO serah memorandum bantah desakan Ahli Kongres AS, tegas Malaysia berhak tentukan dasar sendiri

NGO serah memorandum bantah desakan Ahli Kongres AS, tegas Malaysia berhak tentukan dasar sendiri

Ahli Parlimen Miri salur RM10,000 sokong penganjuran MSSB di SMK Pujut

Ahli Parlimen Miri salur RM10,000 sokong penganjuran MSSB di SMK Pujut