Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’

WASHINGTON – Donald Trump menyifatkan suspek yang didakwa cuba menyerang pegawai pentadbirannya di satu majlis gala berpakaian rasmi pada malam Sabtu sebagai ‘lelaki yang agak sakit’.

Presiden Amerika Syarikat (AS) itu berkata, individu berkenaan dilaporkan kepada pihak berkuasa oleh ahli keluarganya sendiri.

Trump dalam wawancara televisyen berkata, suspek yang dikenal pasti sebagai Cole Tomas Allen, 31, dari Torrance, California, telah menyiarkan apa yang disifatkannya sebagai manifesto ‘anti-Kristian’.

“Dia seorang Kristian, seorang yang percaya, kemudian dia menjadi anti-Kristian, dan dia melalui banyak perubahan,” kata Trump kepada program CBS ’60 Minutes’.

“Dia mungkin seorang yang agak sakit,” katanya.

Menurut Trump, manifesto itu dihantar kepada ahli keluarga suspek sebelum serangan berlaku.

Seorang pegawai penguat kuasa undang-undang berkata Allen turut digambarkan sebagai Friendly Federal Assasin dan menyatakan rancangan untuk menyerang pegawai pentadbiran Trump dengan menyasarkan individu daripada paling tinggi ke paling rendah jawatan, namun tidak termasuk Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan, Kash Patel.

Manifesto itu juga memetik unsur teologi Kristian sebagai justifikasi tindakannya, dengan menyatakan beliau cuba “melindungi mereka yang dizalimi oleh dasar pentadbiran”.

“Membalas dengan memalingkan pipi yang satu lagi apabila orang lain ditindas bukanlah kelakuan Kristian; ia adalah bersubahat dalam jenayah penindas,” menurut kandungan manifesto itu seperti dipetik pegawai berkenaan.

Dokumen itu turut mengejek tahap keselamatan di Hotel Washington Hilton, lokasi majlis makan malam White House Correspondents’ Association, yang disifatkan sebagai tidak masuk akal, kata pegawai tersebut.

“Perkara pertama yang saya perasan apabila masuk ke hotel ialah rasa angkuh,” menurut kenyataan dalam manifesto itu.

“Saya masuk dengan pelbagai senjata dan tiada seorang pun menganggap saya ancaman.”

Insiden kacau-bilau itu mencetuskan persoalan baharu mengenai keselamatan pegawai tertinggi AS yang berkumpul di dewan besar hotel berkenaan.

Trump mengambil kesempatan daripada perhatian terhadap insiden itu untuk mempromosikan rancangan pembinaan dewan besar di Rumah Putih sebagai lokasi yang lebih selamat.

Related Posts

Ahli Parlimen EU desak sekatan hak asasi terhadap Menteri Israel

AHLI Parlimen Eropah (MEP) dari Itali, Danilo Della Valle, mendedahkan bahawa beliau bersama 28 ahli parlimen yang lain telah menggesa Kesatuan Eropah (EU) untuk mengenakan sekatan hak asasi manusia terhadap…

Lebih lanjut

teruskan membaca
GSF sahkan semua kapal bantuan Gaza dirampas tentera rejim Zionis

PENGANJUR misi kemanusiaan ke Gaza, Global Sumud Flotilla (GSF), mengesahkan kesemua kapal dalam konvoi bantuan mereka telah dirampas oleh tentera rejim Zionis Israel pada Selasa. Menerusi satu kenyataan di aplikasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman