Trump batal pergerakan delegasi AS ke Pakistan

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengarahkan wakilnya supaya tidak berangkat ke Pakistan bagi rundingan damai dengan pegawai Iran.

Bagaimanapun, Trump menegaskan bahawa langkah itu tidak bermaksud perang akan disambung semula.

Terdahulu, Trump membuat pengumuman itu melalui panggilan telefon berasingan dengan wartawan dan kemudian dalam satu hantaran di media sosial, sejurus selepas Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, berlepas dari Islamabad.

Menantu Trump, Jared Kushner dan utusan khas Steve Witkoff dijadualkan berlepas ke Islamabad, ibu negara Pakistan, semalam, bagi pusingan kedua rundingan damai dengan Iran.

“Saya baru sahaja membatalkan perjalanan wakil saya ke Islamabad, Pakistan, untuk bertemu pihak Iran.

“Terlalu banyak masa terbuang untuk perjalanan, terlalu banyak kerja!” tulisnya di platform Truth Social.

“Selain itu, terdapat pergolakan dalaman yang besar dan kekeliruan dalam kepimpinan mereka.

“Tiada siapa tahu siapa yang berkuasa, termasuk mereka sendiri,” tambahnya.

Bagaimanapun, Trump masih membuka ruang untuk rundingan lanjut, dengan berkata jika pihak Iran mahu berbincang, mereka hanya perlu menghubunginya.

Ketika ditanya oleh Axios sama ada pembatalan perjalanan itu bermaksud dia akan menyambung semula perang, Trump menjawab: “Tidak. Ia tidak bermaksud begitu. Kami belum memikirkannya lagi.”

AS telah melanjutkan gencatan senjata dengan Iran yang berkuat kuasa pada 8 April lalu untuk tempoh tidak ditentukan.

Related Posts

Ahli Parlimen EU desak sekatan hak asasi terhadap Menteri Israel

AHLI Parlimen Eropah (MEP) dari Itali, Danilo Della Valle, mendedahkan bahawa beliau bersama 28 ahli parlimen yang lain telah menggesa Kesatuan Eropah (EU) untuk mengenakan sekatan hak asasi manusia terhadap…

Lebih lanjut

teruskan membaca
GSF sahkan semua kapal bantuan Gaza dirampas tentera rejim Zionis

PENGANJUR misi kemanusiaan ke Gaza, Global Sumud Flotilla (GSF), mengesahkan kesemua kapal dalam konvoi bantuan mereka telah dirampas oleh tentera rejim Zionis Israel pada Selasa. Menerusi satu kenyataan di aplikasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kos pengeluaran agrokomoditi meningkat susulan kenaikan input pertanian

Kos pengeluaran agrokomoditi meningkat susulan kenaikan input pertanian

Lebih 33,000 pengunjung banjiri Istana Arau sempena #MKC26

Lebih 33,000 pengunjung banjiri Istana Arau sempena #MKC26

Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang zahir takziah untuk keluarga tragedi FSO Sepat

Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang zahir takziah untuk keluarga tragedi FSO Sepat

Pembangunan Johor perlu diakui sebagai hasil kerjasama negeri, Persekutuan – Jimmy Puah

Pembangunan Johor perlu diakui sebagai hasil kerjasama negeri, Persekutuan – Jimmy Puah